Joho Pad - reuseable cloth pad | norsheilasalleh.blogspot.com

Joho Pad - reuseable cloth pad

Assalamualaikum...


Lama tak update cerita kat blog. Sekarang aku busy sikit sebab aku dah start menjahit cloth pad.

Jenama ni puas aku fikir, lastly guna tempat kelahiran ku. Hiewhiew terhasillah Joho Pad. Moga berkembang maju bisnes ni.

Seperti yang semua sedia maklum, aku suka menjahit crafting like busy book, hijaiyyah book & cloth pad. Spontan tercetus rasa nak berniaga jahit cloth pad ni. Almost 5 years jugalah kenal cloth pad, tapi tak pernah beli sampailah tahun ni, beli set promo. Tapi sayang kain flannel. Tak sesuai dengan aku.

So aku start research everything pasal cloth pad, material, tengok youtube cara menjahit. 2 bulan juga amik masa sambil survey harga material. Sempatlah ajak mak datang rumah, tunjuk cara guna mesin industri mak yang dah 5 tahun tak guna kat rumah aku. Hehee

Lepas raya baru start menjahit, cuba jaya sendiri godek mesin mak tu sampai dah tahu nak tukar benang and so on. Alhamdullilah. Anak-anak memang nakkan perhatian umi, so den buka pc, pasang lagu-lagu kegemaran depa. Selalunya 2 jam maximum sekali 1 sesi menjahit. Sehari kadang 3 sesi menjahit.

Start bulan 8 ni, group kutu untuk Joho Pad. Siapa berminat boleh contact kat facebook kita ye - Joho Pad.

Nak guna cp ni senang je. Nanti kita cerita next entri khas ye. Hehe. Just nak inform, ni bussiness sendiri. Jum support kita. Insya Allah, harga kasih sayang untuk kawan-kawan (",)

3 comments

August 14, 2017 at 9:14 AM

Wah sekarang buat bisnes Joho Pad pula ye. Yang nih jenis boleh basuhkan Sheila.

August 14, 2017 at 2:45 PM

Ye kak, boleh basuh. Senang jaga ni, boleh jimat duit

August 17, 2017 at 10:41 AM

first time dgr johopad kak, heee . saya pun dh 3 tahun tak urus blog. bru nk start smula .

Post a Comment