Finally Free Diaper ! | norsheilasalleh.blogspot.com

Finally Free Diaper !

Assalamualaikum...

Moh ler kita cerita pasal potty training Adam Husni. Pengalaman dengan anak pertama, berdebor gila uii. Berbulan dah pasang niat, asyik delay delay kahkahhh. Ni ada entri potty training Adam Husni yang pernah update sebelum ni. Ada banyak tips dalam ni, insya Allah berguna hehehe.

Memang tahap penat tapir berguling-guling. Hihiii. Anak dua-dua hero kan, aktif sangat. Masa start pt Adam masuk usia dia 2 tahun 4 bulan, umar pula 6 bulan. Dia belum pandai cakap lagi masa ni, dugaan betul bab komunikasi.

Tapi bersyukur sangat, penat lelah mengajar slowly nampak perubahan. Dia dah mula faham kencing/berak dalam bilik air. Berak pun steady je sekaranf bagitau, " umi nak yak "... dia buka sendiri spender kegemaran dia, pergi bilik air, meneran sendirian. Dah siap, panggil umi cebok.

Yang penting, raikan setiap kali kejayaan anak. Contohnya aku cakap, taniah Adam, Adam pandai, big boy tak pakai pampers macam baba. Kihkihh ;))

Masa Adam 2 tahun 9 bulan (lebih-lebih), 2 minggu ajar tidur siang dalam mamai tu umi pesan jangan kencing, tahan kencing tau, Adam tak pakai pampers. Alhamdullilah berjaya. Tidur atas toto je, bentang kat ruang tamu. Tidur dua beradik.

Siang kalau keluar rumah main-main dengan kawan-kawan, pergi runcit memang dah tak pakai kecuali masuk tesco. Hahaa situ mana ada toilet dalam kawasan beli belah. Nak keluar jauh. So pakai juga pampers. Hihii

Sampai satu tahap, aku da penat nak bagi Adam pakai pampers. Sampai bila tak cuba untuk bagi Adam free diaper. Aku bawa anak-anak teman pergi kedai bakeri, kedai runcit, econsave, adam steady je. Bila tak tahan, dia bagitau nak kencing. Kelam kabut juga nasib pakai baby carrier, bertiga dalam jamban kedai bakeri hahaha.

Start dari situ, aku dah boleh handle Adam kat luar walaupun hanya bertiga dengan Umar. Proceed train waktu tidur malam. Amik masa 3 malam je ajar, dia tak pernah terjaga malam pergi kencing. Dia boleh tahan sampai pagi. Bagi susu sebelum tidur. Make sure sebelum tidur, dah bawa pergi kencing.

2 tahun 10 bulan 15 hari, Adam finally free diaper. Hari ni teman cik abg kita keluar. 1st time dia handle Adam kat jamban 2 kali. Alhamdullilah mudah je. Bila dah berjaya ni, alhamdullilah. Penat lelah sepanjang 7 bulan tu berbaloi. Terasa macam dah besar sangat anak sulung ni bila dia dah boleh bebas dari pakai pampers ;)

Masa start pt, dah target sebelum Adam masuk 3 tahun pada 25 Mei 2017, kena free diaper. Baru senang nak masuk playschool nanti. Hihiii

Sambung nervous nak persiapkan diri untuk potty training Muhammad Umar Ridhwan pula (",)

4 comments

April 26, 2017 at 5:01 PM

bestnya..sy x mula2 lagi x th bila nk mula ni adehhh

June 15, 2017 at 7:25 AM

baguslah dah fully free...Adam saya tak start lagi ni..penyakit malas ni haaa...huhu..satu lagi tgh sarat, takut jap lg ibu dia jadi hulk hogan penat punya pasal..dengan penat kerja lagi..ingat nak start weekend dulu, tp tak terstart lg ni...

June 18, 2017 at 12:07 PM

senang kalau dah free diaper. tak perlu beli pampers dah kan. jimat pun ye :)

July 19, 2017 at 9:23 AM

jimat pampes..cepat jugk dah free diapers..

Post a Comment