Assalamualaikum...
Minggu lepas ada terbaca review pasal Kebab Turki Baba Rafi dekat blog BroFramestone. Aku jadi tak keruan kot, nampak sangat menyelerakan okey. Terus ajak suami pergi weekend nanti. Tapi khamis tu suami kena acute diarrhea. Dua-dua cuti, so terus terjah kat Bandar Sri Damansara. Branch paling dekat dengan perumahan kami (^__^)

Branch dia cinonet sangat weh, tapi bersih. Suka pula tengok deko yang simple ni. Akak yang jaga kaunter pun baik je layan kitorang even dia takda suara... Bukan bisu tau, dia sakit tekak. hehee. Aku order Kebab Daging, add on cheese. Suami order mix daging + ayam, add on cheese. Tak sampai 5 minit, hidangan dah sampai. FYI dia siap packing dalam box dia tau. Memang comel dan unik. Jimat tak payah hidang atas pinggan bagai. Total cost dua orang tak sampai rm20 termasuk air. Berbaloi la kalau nak mencuba!
Kat bawah ni gambar animasi suami kita tengah makan, rasanya beliau tak sedar isteri dia amik gambar ni. Wakaka. Sedap gila tau, kenyang perut kitorang. Hiewhiew. Menyesal tak tapau balik rumah, menyesal sangat sebab terliur lagi bila teringatkan wrapping dia yang sedap dan penuh berperisa tu ~~~
Sekian, pergi terjah laman web http://babarafi.com.my untuk tahu lokasi branch yang terdekat dengan anda (",)


