Saat si dia diam seharian, sangat terasa dihati. Ohh awak! senyap gila nampak?! dah lama aku tak update blog. harini pulak aku bercerita tentang kami. Anyway harini aku berjalan pusing KL dengan kawan2. Fuhh penat tak terkira ni. Dengan mata lebam ni aku update blog sambil dengar lagu 'I want to spend my lifetime loving you' .. yeahh serius. aku dapat spend time dengan kawan2 rini. aku ngikut aje kemana pun. haahahha. aku rasa macam wahh.. wahhh.. lama tak lepak camni. release tension. follow g tengok futsal kat Ampang Sport Planet.
Perlawanan futsal diantara staff office :) oh this is good time to meet up all staff there. i mean guys lah! hahaha. dan aku, eina, ika seronok sungguh sebab jarang dan ni lah kali pertamanya dapat tengok live dorang semua turun padang sambil lari2 malas. hahaha. ofcourse lah. comel gilo.
Yang tournament foreigner ni haa memang gempak sungguh. ramai lah pak arab dan pak pakistan yang hidung mancung dan badan sasa. jenuh gak lah melayan karenah ika dok snap curi2 pictures dorang tu. hahaha. kelakar wehh. aku dah rasa cam letih2 jek dari petang tadi. hmmmm...
almost 7pm, kami pulai. fuhh.*double tired already. mind set nak balik tidur. lastly balik tak sampai dua jam dah kena gerak Klang hantar lagi girl sorang ni haa. errr .. errr nak tak nak kena gak ikut. malam ni aku teman kawan kat umah. so faham2 je lah boo ye. *jangan mengeluh!
before that, kami singgah Jejantas Sungai Buloh, makan sate Kajang Samuri. terima kasih kawan2 ye. aku memang lapar harini. dan aku makan banyak. tetapi sate arnab memang tak sesuai dengan tekak aku. haiyaa nyaris nak muntahkan balik isinya, uwekkk. sate ayam dan kuah kacangnya memang sedap diakui ^^
Lepas makan dan kenyang-kenyangan..maka kami pun bergerak cepat ke Klang. oh yeahh masih lagi dalam mood rindukan si dia. * rindu awak ni!
Lepak umah ayna kejap. melayan Akademik Fantasia. hahha. macam best jek. aku ni agak batak sikit tengok tv kat umah orang berbanding umah sendiri. hehe. sambil2 melayan tu dah merasa sungguh penat. yeahh aku sangat tak tahan. dah ler rindukan si dia. tambah mengantuk aku pulak dibuatnya. ayoyoyooo...
Ayuh pulang kawan2, aku tertidur dalam perjalanan. dan sesampainya di rumah.. disini lah tempat yang aku lepak dengan mata panda ni. hahaha. okey ayuh tidur boo. Selamat malam semua ...ZzzzzzZZzzzz ...