ISTERI @ SUAMI ? | norsheilasalleh.blogspot.com

ISTERI @ SUAMI ?

Lebih Penat?

Situasi #1
Isteri sedang memasak, si suami jerit...
"yunk, tgk anak nie, kacau abg..abg penatlah baru balik kerja"

Situasi #2
Isteri sedang membasuh baju, si suami jerit...
"yunk, tgk anak nie, abang nak tengok berita...dia kacau lah"

Situasi #3
Isteri sedang tgk tv, si suami jerit...
"Sayang, ambillah anak nie...abang nak melayari internet...terganggu lah!"

Situasi #4
Si Suami sedang bermalas-malasan di hari minggu...anak datang mengacau, si suami jerit...
"Sayang, tgklah anak-anak nie...abang nak rehat hujung-hujung minggu pun x boleh..."

Situasi #5
Isteri sedang memujuk anak yang demam, si suami kata...
"Sayang, janganlah bg budak tu merengek...abg nak tidurlah...penat...

Situasi #6
Isteri sedang menidurkan anak, si suami bisik...
"Yunk, letaklah anak tu kat bilik dia...ganggulah..." :p

Berdasarkan situasi berikut..
Siapa sebenarnya yang lagi penat? Suami @ Isteri?

Benarlah kata-kata orang bahawa isteri bekerja 24 sehari seminggu...
dan si suami hanya penat bekerja 8 jam sehari dalam 5 hari...
Jadi, jangan salahkan anak jika tidak mahu rapat dengan ayahnya berbanding ibunya...

Kalau boleh toleransilah sedikit...si isteri juga penat bekerja...
Jika anda bekerja 8 jam sehari...bayangkan si isteri yang bekerja 24 jam sehari...
Fikir2kan yer...