A PIECES OF ME | norsheilasalleh.blogspot.com

A PIECES OF ME

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Saya sangat seronok dan gembira tau. Saya dalam proses nak persiapkan rumah baru saya ni. Teruja sangat sebab macam2 beli dan macam2 design saya tengok! Sumpah da lama tak excited macam ni. HAHA. Itu sebab saya dah jarang dapat update entri macam dulu. Maafkan saya *pinjam tagline Johan dalam rancangan Edisi Khas*

 Alhamdullilah syukur, harini dapat news dari my sister yang berada di kampung suaminya. Sudah pun membeli belah barang2 doorgift bagi pihak saya. Tak sabar nak tengok apa yang best sangat. Yang VIP sangat katanya lah. Malam ni nak shopping skit barang rumah baru, nak touch up mana yang perlu. Haa jangan tak tahu pula. Rumah baru tu serba serbi si dia dah masukkan barangnya. Sangat senang la, tak perlu buang duit untuk beli semua yang baru. Terima kasih awak!

 Dalam tak sedar, lagi 2 bulan penantian kami berdua akan berakhir. Saban waktu sibuk mengira detik hari sambil sama2 menguruskan pelbagai perkara bagi melancarkan majlis yang dinantikan. Doakan kami, selamat dan bahagia ya. Hehe. Insya Allah sekiranya ada masa lagi, saya akan update dengan gambar yang berkaitan ya. Macam da tak cukup masa ni. Nak bersiap untuk beli barang. Take care everybody!

 Till then!
Wasalam.

3 comments

March 6, 2012 at 10:12 PM

tahniah..hebat awk mampu beli umah di usia yg muda...

March 7, 2012 at 4:05 PM

laa awak salah faham ni, rumah baru tu sewa aje. Yang beli belum lagi. Hee. Thanks anyway kirana :)

March 7, 2012 at 4:05 PM

laa awak salah faham ni, rumah baru tu sewa aje. Yang beli belum lagi. Hee. Thanks anyway kirana :)

Post a Comment