Ceramah & Zikir Perdana 'Hijrah Rohani' | norsheilasalleh.blogspot.com

Ceramah & Zikir Perdana 'Hijrah Rohani'

Assalamualaikum...
Pasti ada yang merindui suasana menyambut Maal Hijrah atau Awal Muharram di sekolah, kan? Berkumpul di padang sekolah ataupun dewan sambil berselawat serta berzikir. 7 tahun berlalu, zaman sekolah. Rindu menggamit jiwa T______T"

Terdapat peristiwa penting berlaku dalam Islam, pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwin Hijrah iaitu penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Satu program daripada pihak Astro iaitu Ceramah Perdana 'Hijrah Rohani' yang akan berlangsung pada esok malam 25 Oktober 2014, jam 8 malam di SMK Tengku Temenggong Ahmad Kundang Ulu, Ledang (di galakkan memakai jubah putih)
Ceramah dan Zikir Perdana ini juga akan dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri.
Antara barisan artis/selebriti yang turut serta adalah :
Pencetus Ummah / Imam Muda / Ustaz
1) Ustaz Kazim Elias
2) Ustaz Haslin Bahrin
3) Ustaz Amaluddin
4) Ustaz Zulkifli Hamat
5) IM Hizbur 
6) PU Rahmat
7) PU Yeop
8) PU Fakhrul 
9) PU Suffian
10) PU Hafiz
Artis
1) Mawi
2) Fizo Omar
3) Iwan Syahman
4) Ayai Ilusi
5) Daqmie
6) Haziq AF
7) Silah KE3

p/s : sekiranya anda ada berdekatan dengan lokasi, dijemput hadir ya (",)

13 comments

October 24, 2014 at 11:56 AM

alhamdulillah . ada mjlis ilmu di sana . semoga yg hadir mendapat manffat darinya ...

October 24, 2014 at 12:12 PM

bagus nie

October 24, 2014 at 12:51 PM

Ala..bestnyer..klau dekat g dah bw azwa...

October 24, 2014 at 1:17 PM

assalamualaikum sheila...menarik ni..;)

October 24, 2014 at 2:59 PM

hai sheila !

tu lah rindu moment2 masa perarakan sambutan hari Maal Hijrah zmn skolah dedulu.. buat banner class.. seronok semuanya masa tu :)


psstt~ url lama ana(diary-kecilku) dah takleh guna.. dah ttukar url baru:

ana-mizu.blogspot.com :)

October 24, 2014 at 3:53 PM

as salam sheila..semoga kita sama2 mendapat manfaat dari program ini..hujung bulan ni pun ada program kat putrajaya jugak..sheikh habib turut ada sama..

October 24, 2014 at 6:22 PM

Alhamdulillah moga2 ramai yg datang..

October 24, 2014 at 9:11 PM

Rindu moment indah tu sheila

October 24, 2014 at 9:11 PM

Slm maal hijrah juga sheila

October 25, 2014 at 2:12 PM

Salam Maal Hijrah shiela..

October 26, 2014 at 8:38 AM

salam awal muharram.. awak.. lama sy tak singgah blog ni.. ni haaa setelah sekian lama barulah brhapdate blog sy tu.. huhu.. neway best la prog kt atas tu..

October 27, 2014 at 3:29 PM

Bestnya kalau dapat join..huhuhu..akak pun memang merindui saat sekolah meraikan Maal Hijrah..meriah dan penuh keinsafan..

Anonymous
October 30, 2014 at 2:36 PM

bagusnya kalau dpt join majlis2 mcm ni !

Post a Comment