Baby Wrap By Mak Yang | norsheilasalleh.blogspot.com

Baby Wrap By Mak Yang

Assalamualaikum...

Masa 1st baby, beli ssc (soft structure carrier) sebab Adam jenis baby gebu, takleh nak pakai wrap apatah lagi ringsling. Kihkihhh. Itupun start guna ssc masa Adam umur 5 bulan. Masa tu berat dia almost 10kg dah ;))

Kali ni, dalam pantang 2nd baby, dok usha wrap kat instagram. Pastu rasa nak beli sangat sebab iols kan kuat berjalan. Stroller gedabak scr9 dah jual. Tinggal buggy aje kat rumah. Ni salah satu alternatif nak berjalan dengan riang tanpa penat berdukung anak. Kahkahh :))

Baby wrap by mak yang ni rm98 je... aku p beli masa ada Insta Fest kat Shah Alam. Umar baru 42 hari. Pergi beli wrap je pastu balik terus. Kita cuba pakai contoh wrap kat booth, dapat pula jumpa makyang. Dia pakaikan wrap tu, masa letak umar kat dalam wrap. Terus lena adik. Woahh happy umi tengok!
Tapi aku amik wrap corak lama sebab masa tu ada clearance sales. Dapat harga rm80. Jimat gila kannn.. wrap mak yang ni jenis dah siap jahit (instant). Ko pakai sarung je terus letak anak dalam tu. Tengok picture kat bawah ni, banyak kali test drive pakai sendiri kat rumah. Lulus. Tapi bila keluar, asyik terlupa. Kahkah.. memory lose. Sebenarnya, senang je nak pakai bila dah selalu guna.
Pernah tawaf OU dengan member.. masing-masing bawa new baby pergi beli baju anak-anak untuk raya. Tak terasa berat langsung Umar ni. Umar dah 4 bulan (current weight 3m- 7.1kg), still pakai wrap kalau nak keluar even g paso. Hahaha. Senang umi nak amik barang, adik masih kecik kat dalam ni. Pantang pakai, mesti tidur punya ;))
Abaikan latar belakang kitaaa (",)

Produk ni keluaran Malaysia (bumiputra) ye.. so marilah kira support brand ni. Yang penting murah, menyenangkan dan sangat selesa untuk baby.

Boleh pakai wrap sampai baby berat 10kg(max), so after that pakai ssc andrea pula dik. Cara nak beli wrap ni, kena cari saiz untuk si pemakainya. Contoh aku ni berat 55kg, kena beli wrap saiz S/M. Bolehlah usha chart dalam fb atau ig makyang ye.

Please jangan pakai carrier murah yang tak support knee baby. Kesian baby tergantung. Selalu nampak orang pakai, wrap ni tak mahal pun. Simpanlah sikit duit, mampu milik. Insya Allah (",)

Instagram : Babywrapbymakyang
Facebook : Babywrapbymakyang

19 comments

August 2, 2016 at 1:32 PM

hehehe. wa pon baru je up entry mak yang last week hihi :)

http://www.wawayusoff.com/2016/07/baby-wearing-baby-wrap-by-makyang.html

August 2, 2016 at 1:43 PM

Alahai comel je... :)

August 2, 2016 at 1:52 PM

smpi skang xterbeli lg.. hahaha

August 2, 2016 at 3:34 PM

lena je dia tido tu :)

August 2, 2016 at 6:57 PM

haritu pakai carrire pun sekejap..lepas tu dh tak..hahaha..sebab lebih suka pegang..tak tau nape..

August 3, 2016 at 10:41 AM

Kite pun ada baby wrap dari mak yang ni, tapi tu laa, iman nak duduk dalam tu sampai umur dia tiga bulan je. Bila dah besar, dah montel, dah tak nak daa, menagis2, meraung2 masa dalam ikea. Hahaha, solution dia, terpaksa beli cuddle me pulak.

August 4, 2016 at 2:32 PM

nak beli ssc jugak tp x terbeli2. hahaha. sakit belakang dah dok dukung budak tu.

August 4, 2016 at 9:46 PM

nis pun wajib rembat satu ni. :)

August 6, 2016 at 9:28 AM

Ehem, tetiba termasuk dalam wishlist to buy lak baby wrap nih.. Tunggu dah selamat nantilah baru gi terjah beli.. Mudah nak ke mana2 kalau ada baby wrap gini kan?

August 11, 2016 at 10:02 AM

tq sharing sheila.anak kedua ni mmg teringin gak nak wrap2 aje.mudah sikit kalau keluar atau buat kerja kat rumah kala anak takmo dok bawah.lepas pantang tu dok wrap ngn kain pasang je Aisyah tu.kekeke

August 12, 2016 at 1:11 PM

nmpk mcm complicated je nak pakai ni..huhu..
RM80 ok la tuu

August 13, 2016 at 10:40 PM

lamanyaaa tak jenguk sheila sini hehehhehe.. sihat ke?

August 17, 2016 at 11:52 PM

For 2nd bby nti nk bli jgk bnda alah ni. Sng nti nk berkejo ngn zara kn. Haha

August 19, 2016 at 10:58 AM

dah 2 anak shiela..eca ne calon xjpa lagi...

ohyaaa..cantik ssc tu, corak celoreng plkn

September 6, 2016 at 1:05 PM

comel je baby duduk dlm carrier.. suke corak celoreng biru.. smart..

September 19, 2016 at 3:58 PM

ini baru senang nak bawak baby hehehe

October 9, 2016 at 12:33 PM

mcm ni berjalan memang syokla baby tido

Anonymous
November 27, 2016 at 12:14 PM

Tak faham kenapa 1 group baby babywearers kt fb x kasi beli mak yang wrap ni. Sama juga cam wrap emme.. I tgok baby wrap yg dorg suggest, sewa, or whatever sume mahal2..mne la mampu. Baik beli cm mak yang ni je..affordable

November 27, 2016 at 9:42 PM

Hahaha sy dah lama out dr group tu. Atleast wrap or carrier yang kita pakai bukan fake, cuma local product. Alhamdullilah my son almost 10kg, now 8months still wrap kekadang pakai carrier andrea. Hahahaha yang penting kita mampu beli ;)

Post a Comment