6 Months Old Umar Ridhwan | norsheilasalleh.blogspot.com

6 Months Old Umar Ridhwan

Assalamualaikum...

Kejapnya dah 6 bulan umur adik! Dah boleh makan, tapi aku extend selagi boleh. Ekekeeee. Im not ready yet, sebab tu ebf Muhammad Umar Ridhwan.
sheila salim

Major throwback our 6 months back :)

Lahirnya Muhammad Umar Ridhwan, 22 Mac 2016, berat 3.07kg, jam 1.02 pagi di Hospital Sungai Buloh. 

Prolonged jaundice sampai 2bulan. Ulang alik kk selama 2minggu amik darah untuk check bacaan kuning. Tak naik tak turun. Maintain. Fully breastfeed. Stress juga aku bila nampak takde perubahan tapi adik kuat menyusu. Usaha juga mandi daun/herba macam-macam.

Doktor sahkan bacaan LMP (something related with calsium) tak balance/tak normal. Sebab tu kuning adik susah turun. Advised amik appeton infants untuk adik. Aku kena makan calsium d3. 2 kali je aku bagi adik telan appeton infants. Pastu aku tambah dos calsium untuk aku telan. Tak sanggup aku nak kasi adik telan AI. Biar adik dapat kalsium dari susu badan umi.

Syukur la, bila check lagi darah adik. LMP dah normal, kuning is gone ;))))

Sepanjang 2 bulan prolonged jaundice, adik senang tidur siang, senang tidur malam. Jarang menangis walau kena sakat dengan along dia. Adik tidur meniarap sejak dalam hari, sampai sekarang.

Masa 2 bulan, berjaya puasa penuh masa bulan Ramadhan sambil bf adik. Sangat mencabar, pengalaman pertama. Masa Adam dulu tak sempat hehhee. Paling suka along main tepi dia.

Masa 3 bulan, 1st time bawa adik balik johor, takleh tidur dalam carseat sebab adik jarang berjalan jauh. Tak biasa agaknya. Siap muntah sampai kg. Haha.

Masa 4 bulan, ada terkena selsema kejap 1 hari, cepat2 aku sapu kunyit hidup kat batang hidung adik. Meniarap lagi lambat dari adam. Lagi 2minggu nak masuk 5 bulan baru reti niarap sendiri. Bila da reti niarap, kepala adik terus kuat sebabnya adik tidur meniarap dari kecil. So dah biasa tegakkan kepala, alih kepala masa lenguh (tengah tidur)

Masa 5 bulan lebih, ajar adik duduk kat baby chair, naik walker kejap, selebihnya meniarap atas toto. Sebelum 6 bulan adik dah start angkat punggung.

Now 6 bulan dah boleh angkat badan, punggung, adjust kaki macam nak merangkak dah. Tapi bukan mara, mundur kebelakang. Hahaha. Tidur pun dah lain pesen...niarap tapi peluk bolster along hahahaha belum ajar ngempeng malam.

Syukur, sepanjang 6 bulan ni adik tak pernah kena demam & batuk. Adik mudah terhibur kalau dengar suara along, baba & umi. Harapnya adik banyak bersabar ye sebab umi banyak habiskan masa bawa along ulang alik ke bilik air. Tengah potty train. Nanti aku share kisah potty train along ye.

Semoga Muhammad Umar Ridhwan membesar dengan khasiat susu badan dan jadi anak yang soleh dunia & akhirat.

Berat adik ;
1 bulan 4.8kg
2 bulan 6.5kg
3 bulan 7.1kg
4 bulan (takde check up)
5 bulan 8.7kg
6 bulan (belum check up)

12 comments

September 30, 2016 at 2:43 PM

wahhh sheila lama x update blog ye...
comel baby bambam ^_^

September 30, 2016 at 3:11 PM

alolo..kejap je dah 6 bulan? tak sangka betul auntie..hope membesar bagai juara ek

September 30, 2016 at 7:19 PM

Tahniah Sheila! Dah ada 2 hero ye..
Sekejap je masa berlalu.

September 30, 2016 at 11:03 PM

Assalamualaikum, bam bam ya Umar ni. Kejap ja da 6 bulan. Hihi Membesar dengan sihat ok. :)

October 1, 2016 at 1:02 PM

Harap belum lambat untuk say tahniah. Tahniah ye kak Sheila dan suami. comelnya Umar !!!! Semoga membesar dengan sihat Umar =)

October 2, 2016 at 6:56 PM

gerammnya... bam bam ni... comel sangat...

pssttt.. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #26

Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/10/senarai-url-blog-26.html

- Mia Liana -

October 4, 2016 at 10:37 PM

Comelnyaaa baby.... Anak Nisa bulan ni baru nak masuk 6 bulan

October 5, 2016 at 9:00 AM

walaupun ebf still berat ok. bagusnyeee... :)

October 6, 2016 at 12:52 PM

alhamdulillah membesar dengan sihat..anak saya setahun baru 7.4kg..hihi baka comel

October 9, 2016 at 12:32 PM

kejap je dah besar kan sheila, memang seronok ada baby tecit ni

October 21, 2016 at 10:37 AM

wahhh..semangatnye..br 5bln dh 8kg++..
semoga umar snts membsr dgn sihat dan ceria..

December 1, 2016 at 10:42 AM

Debabnya adik. Putih gebu. Geram nengoknya.

Post a Comment