Homemade Mee Kuning Yang Sihat | norsheilasalleh.blogspot.com

Homemade Mee Kuning Yang Sihat

Assalamualaikum...

Lama tak update sisi hidup seorang surirumah. Ekekee... busy gila duduk rumah mengasuh anak-anak bujang kita. Rindu pula kat blog ni. so kita kasi up la resepi mee kuning yang sihat. Kenapa sihat? Alhamdullilah guna tepung yang tiada peluntur.

Resepi ni belajar daripada yuyu zulaikha. Tapi ni versi sihat cuma tukar unbleached flour, himalayan salt.
Bahan-bahan :
250gram tepung unbleached
1 sudu kecil garam himalayan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
50ml air tapis
1 sudu minyak masak

Caranya :
1) Letak tepung, kunyit, garam. Gaul sebati. Buat satu lubang tengah tepung, tuang telur dan kacau sebati.

2) curah air sedikit demi sedikit sambil gaul rata adunan. Air guna setakat yang kita ada, jangan la susah hati tengok doh macam taknak sebati. Terus uli dalam 15minit minimum, insya Allah. Doh akan kental dan cantik. Gigih la uli, krem tangan den. Tapi puas hati, boleh naik muscle kalau rajin mengguli ni ;p
Baru sebati
Lepas 15 minit, doh jadi kental 

3) potong doh kepada beberapa bahagian. Boleh refer gambar ye.

4) amik 1 keping doh, canai leper.

5) pastu terus guna mesin buat mee. Mula-mula pakai no 1, naik ke no 2, pastu no 3.

6) tukar balik no 1 untuk buat mee.

7) air dalam periuk, didihkan, letak minyak sikit.

8) masukkan mee dalam periuk, dalam 2-3 minit je. Nanti mee akan berubah warna dan cantik kembang. Jangan lebih limit masa, nanti terlalu kembang tak sedap makan.

9) terus tos mee daripada periuk ke dalam bekas besen berisi air sejuk (dari peti sejuk) untuk buang kapur sekiranya ada. Masa ni bolehlah ceraikan mee yang bergumpal ke. Hehehe

10) teruskan step 4 hingga 9 sampai habis semua doh.

Timbang lepas siap semua dapat 800gram. Almost 1 kilo juga hasil tepung 250gram. Jimat dan sihat. Estimated time, 1 jam 30 minit dengan dua askar kecil. Hahaha. Terus panaskan homemade tomato paste, taruk garam himalayan, air tapis & 1 biji telur. Kacau rata. Makan dengan mee kuning. Settle lunch dengan Adam.

Alhamdullilah menjadi resepi daripada yuyu zulaikha. Kredit yuyu. Semalam ada buat percubaan mee kuning sourdough. Tak menjadi. Hahahaha. Simpan hasrat nak buat mee kuning sourdough ni, harap cikgu liza boleh share resepi beliau. Hiewhiew ;)

12 comments

November 22, 2016 at 3:02 PM

Assalamualaikum sheila ...

Alhamdulillah bagi anak-anak makan makanan yang berkasiat dengan air tanggan kite sendiri seronok sangat kan ...

November 22, 2016 at 4:16 PM

wow rajinnya

November 22, 2016 at 5:17 PM

tadi tengok kad ig sheila oh mee buat sendiri er.takde kapur memg sihat klu org gout gerenti boleh mkn dah.

November 22, 2016 at 5:22 PM

wah.. mee kuning yg sihat dan jimat kan!

November 23, 2016 at 10:25 AM

rajinnye sheila...n dok save resepi dr dulu tp xbuat2 lg..heheh

November 24, 2016 at 10:21 AM

rajin betul sheila buat

November 25, 2016 at 5:57 PM

Macam mna tepung 250grms. Bila jadi mee berat timbangan jadi 800grms. Macam mna jadi mcm tu sedangkan ingredien tak banyak?

November 30, 2016 at 11:30 PM

Waaah, rajin sungguh sheila menguli. Good job. ☺👍

December 6, 2016 at 3:47 PM

rajinnyeee

December 7, 2016 at 6:08 PM

Wahhh rajinnya buat sendiri mee kuning..terbaik la sheila..:p

December 8, 2016 at 1:44 PM

cantik hasilya..colour kuning yg memikat..
yang pasti resepi yg sihat ":P

March 21, 2017 at 3:46 PM

perghhh tabik spring lah kat Shila....

Post a Comment