Cara Buat Gluten Free Versi Ovennini | norsheilasalleh.blogspot.com

Cara Buat Gluten Free Versi Ovennini

Assalamualaikum...

Sejak umar dah boleh makan, teruja nak asah skill buat biskut. Sekarang dalam proses bereksperimen dengan tepung gluten free. Aku & Adam memang suka makan makanan berasaskan tepung. Lagi yang rangup bergoreng kriuk kriuk sekejap je licin kena bedal.

Tapi masalah lepas tu. Perut cepat kembung macam masuk angin. Nak buang air besar sampai sembelit. Tragis rasa. So aku cuba risik pasal gf ni. Alhamdullilah kurang sangat tragedi sembelit kat rumah ni. Lagi2 penggunaan sourdough. Yang tu cerita lain entri ye.

Gluten free tu faham tak maksudnya? Adunan tepung-tepung seperti pulut, ubi, beras, jagung tanpa gandum. Cari yang organik dan non gmo. Sesuai untuk gantikan gandum yang mungkin ramai ada alahan padanya. Nak lebih spesifik, boleh google ya. Tak larat nak explain hihii ;))

Resepi gluten free ni belajar dari facebook kak Ainini Zainal. Dia memang ada jual macam-macam jenis bahan organik yang dah siap adun macam gluten free ni. Kredit to kak nini, antara sifu gf yang aku kenal. Banyak resepi homemade untuk dapur kita contohnya buat sos cili "yang sihat", remix tepung goreng dan banyak lagi. Apa2 memang kena scroll fb dia selalu.

5 1/2 cawan tepung beras
5 1/2 cawan tepung pulut
5 1/2 cawan tepung ubi kayu
1 cawan tepung jagung non gmo/maize flour
11 cawan tepung jagung "corn starch" non gmo
5 sudu besar Chia seed 
5 sudu besar bijan (aku tak guna pun)

Gaul rata dalam besen, simpan dalam tuppperware kedap udara.

Memang memerlukan besen besar sebab senang nak gaul rata semua tepung-tepung tadi. Lebih kurang 3kilogram juga dapat...
Penuh 2 bekas kedap udara. Alhamdullilah. Lepas ni kena rajin-rajin meroti, buat cucur, buat kuih tradisional guna gluten free ni. 

1st trial guna gluten free, cucur labu gluten free tapi letak sourdough unproofted. Hahaaa. 

2nd trial buat churros. Bukan main liat nak masak jadi doh, rasa nak give up juga mula tu. Tapi sebab eksperimen, gagahkan juga buat sambil pantau anak2. Bila nak paiping, jadi penatnya double triple terus pakai tangan je hahaha. Cicah dengan sos cocoa buat sendiri guna pure cocoa powder, fresh milk dengan orcs. Panaskan, kacau sampai likat.

Sedapnya bila dah rasa cucur & churros versi gluten free. Rasa seakan guna tepung gandum. Tak sabar cuba lagi bereksperimen. 

P/s : remix gluten flour ni bukan untuk semua jenis resepi ya. Kalau nak tahu, kena rujuk fb kak nini. Remix gf ni tekstur kenyal (spongy), jadi perlu guna nisbah 1:1 untuk churros, cucur, lempeng, donut dan keria yang lembut. 

(Nisbah penggunaan 1:1 ) maksudnya 1 cawan gf + 1 cawan bawang, ikan bilis, daun bawang, cili untuk adunan cucur. Ini contoh ye. Hehe. Boleh trial and error.

9 comments

November 28, 2016 at 7:26 PM

Boleh try buat gluten free nie..

November 30, 2016 at 1:41 PM

Bagus resepi ni. Free gluten maknanya bebas glutenlah kan?

November 30, 2016 at 10:42 PM

Wahh.. rajin sheila skrng msak memasak tuk fmly. Try & error jgk ye. ☺☺👍

December 4, 2016 at 12:29 PM

waa.. best nih !!! memang kena try..

December 5, 2016 at 10:10 AM

rajin shiela bereksperimen.. tapi bila dah tahu buat mmg seronok..

December 6, 2016 at 3:45 PM

macam menarik dan sedap jeee :)

December 7, 2016 at 6:08 PM

Mcm best jer..nnti nk try buat jugak la..lama akak xbw sini..anak sheila.pn dah besar! 😍😍😍

December 8, 2016 at 10:02 AM

rajinya shiela buat eksperimen satu-satu cam ni.mila tak rajin suma amik yg instant2 je nak cept janji kenyang hihi...

hari tu lupa nak bagitahu mcdee dah sihat dah skank jaga makan,so batuk kurang.kena maintan makanan untuk jaga tekanan darah.

December 8, 2016 at 1:43 PM

salam kak..bagus skrg smua org dah jaga pmkanan
mkan pun yg sihat2 kkndungan dia

Post a Comment