#MyTravelokaEscape : Ke Sabah Bah! | norsheilasalleh.blogspot.com

#MyTravelokaEscape : Ke Sabah Bah!

Assalamualaikum...

Sabah, pernah sekali ku pendam duka. Semberono booked ticket, rupanya tarikh tu jatuh dalam hari aku berpantang anak pertama. Hahaa. Habis burn flight ticket tu, nasib tak mahal sebab beli masa sales. Walaupun 2 tahun dah berlalu, ku masih menyimpan hasrat nak ke sana ;))
Credit to Sabah Borneo
Bagi aku, Sabah penuh keistimewaan dan keunikan tersendiri. Lagi-lagi pulau kat sini cantik gila. Besar pula tu Sabah ni, dah study map  pun pening nak pilih yang menarik dan sesuai untuk hiburan sekeluarga, sebab travel with 2 kids under 3 years old, tak mudah babe. Cuaca dan perjalanan yang jauh boleh jadi faktor anak-anak meragam. 5 hari 4 malam rasa boleh kot cover tempat nak pergi ;)
Tapi sebelum tu, jom book tiket kapal terbang dan hotel melalui Traveloka. Insya Allah, lebih murah juga selamat sebab dapat jimat kos dikala gst naik mencanak, takde lah hati ragu-ragu nak check in hotel... boleh cari mana berkenan, sesuai dengan ketebalan isi dompet. Hihii. Aku mesti nak bath tub & free wifi. Kalau boleh extra bed untuk anak kecil.
credit to google images
Book departure flight waktu pagi sebab nak pergi Pasar Filipino, shopping time untuk hari pertama. Nak borong t-shirt, fm, keychain, brooch pearl kat Pasar Kraftangan. Kat Pasar Penjual Ikan Masin nak beli ikan masin pelbagai jenis, ikan bilis, rumpai laut (untuk collagen) sebab dulu pernah beli online dengan orang Sabah. Memang serasi collagen rumpai laut dengan diriku. Oh ye kedai seafood sini sedap, kena pandai cari yang fresh dari laut dan murah. Kat Semenanjung, mencekik harga. Hehe. Harus makan sepuasnya kat Sabah.
Credit to google images
Wajib ke Desa Dairy Farm, ladang lembu. Istimewanya sini boleh feel macam kat New Zealand. Kena bergambar banyak-banyak kat sini. Lawa sungguh dengan berkabusnya, sejuknya. Boleh juga tengok lembu diperah susu guna mesin automatik. Bagi lembu makan rumput. Tapi rumput kena beli ye. Nak rasa susu lembu fresh, aiskrim pun boleh. Dengarnya sedap, creamy.
credit to google images
Orang kata, kalau tak ke Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa (Perkasa hotel), rugi besar. Try la book bilik no 11, 12, 13 & 14 dapat view Gunung Kinabalu. Wahhh teringin nak bermalam sehari kat situ. Sejuk dia terbaik pasal aircond guna alam semulajadi. Honeymoon syok la sini. Kihkihh...
credit to google images
Pergi Poring Hotspring boleh mandi kolam air panas. Yang bestnya sini ada Conopy Walkway-Poring. Walaupun gayat, mesti try. Tengok keindahan hutan. Bestnya. I love nature.
credit to google images
Dah penat berjalan, marilah urut kaki kat Fish Spa. Kaedah guna ikan untuk gigit-urut kaki. Siapa bukan penggeli macam aku, try la ye. Lelaki suka kot ni.
credit to google images
Special activity kat Pulau Manukan -seawalking ataupun Underworld Walk ni menyelam dalam air guna helmet air. Hahaha. Boleh jalan ke dasar laut, harga mahal tapi kenangan terbaik dan dapat sijil penghargaan. Best kan? Boleh feed ikan, bergambar dalam laut.
credit to sobri
Rumah Terbalik memang famous walaupun tak boleh bergambar dalam tu. Adam & Umar mesti teruja tengok rumah terbalik kan. Imaginasi budak mesti terangsang. Banyaklah soalan cepu emas keluar dari anak-anak nanti. Hihii.
credit to google images
Nak merasa jalan kat Jambatan Tamparuli. Jambatan gantung, boleh tahan tinggi, panjang & bergoyang. Siapa gayat tak perlu naik. Tapi teringin nak cuba, sebab biasa dengar lagu Jambatan Tamparuli masa kat plkn 9 tahun lepas. Hehehe.
Credit to mazuin
Nak bergambar di Kinabalu Park (check point to hiking. Buat kenangan la. Mana tahu di masa akan datang, suami ajak naik Gunung Kinabalu bersama kan. Walaupun aku bukan seorang hiking tapi perasaan nak berada pada puncak gunung tu, menikmati keindahan alam...sama tinggi !
credit to google images
Ladang Teh Sabah, walau cameron highland dekat dan boleh pergi. Aku tetap juga nak merasa naik sini. Tengok teh yang menghijau, sungguh nyaman. Kat KL tak banyak nampak warna daun hijau yang damai macam ni.
Umar & Adam excited nak ke Sabah ;))
Sebenarnya terlalu banyak tempat di Sabah untuk explore. Tak cukup 5-6 hari. Hehe. Tak sabarnya nak rasai pengalaman ke Sabah dengan keluarga kecil ku. Traveloka, we need a vacation lah for next year 2017. Sejak dah berempat, belum berpeluang nak bercuti, bergembira dengan suami & anak-anak. Hiewhiew :))

5 comments

December 15, 2016 at 1:13 PM

sabah bestt :)

kalau pergi KK, kena duduk kat kinabalu pine resort..dekat je tgk gunung kinabalu :)

terpukau tengokk

December 16, 2016 at 3:22 PM

All the best..sheila.. moga ada rezeki ke sabah😉

December 19, 2016 at 2:19 PM

dkna ke melaka hari tu, bandingkan harga tuk boking hotel memang travelok lebih murah dari web lain

March 4, 2017 at 9:16 PM

seronok kan klu dapat makan angin sambil menikmati makanan dan melihat keindahan di negeri orang, insha allah ada masa dan kesempatan bolehla ke sana kan

March 21, 2017 at 3:46 PM

nory pun teringin nak ke Sabah...jom kite gi togede2 nak...hehehee

Post a Comment