Homemade Sos Cili & Sos Tomato Versi Sihat | norsheilasalleh.blogspot.com

Homemade Sos Cili & Sos Tomato Versi Sihat

Assalamualaikum...

Hilang kejap, tup2 dah masuk tahun 2017. Readers dah makin jarang nampak. Its ok. Blog masih lagi salah satu tempat kongsi cerita yang biasa-biasa.

Kelmarin mood rajin merasuk dalama diri, terus buat sos cili & sos tomato versi sihat. Tiada bahan pengawet, all natural ingredients alhamdullilah.

Bahan untuk sos cili :-
15biji lada merah (anggaran 200gram) - aku tak buang biji, so agak pedas la sos ni
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
3sudu besar apple cider vinegar (acv)
Tepung jagung no gmo (sebatikan dengan air panas)
Sedikit gula organik (organic raw cane sugar)
Sedikit garam organik

Cara-caranya :-
1) blend lada merah, masak atas api.
2) masukkan bawang putih
3) masukkan acv, kacau sentiasa
4) perasakan dgn gula & garam
5) masukkan tepung jagung, kacau smpai likat.
6) jangan lupa rasa dulu cukup rasa tak??? ;)
7) dah sejuk, boleh botolkan dan masuk peti senyum

Bahan untuk sos tomato :-
10 biji tomato (amik yang saiz besar)
1 biji bawang holland
3sudu besar apple cider vinegar (acv)
Garam organik
Gula organik (orcs)
Sedikit tepung jagung non gmo (sebatikan dengan air panas)

Cara-caranya :-
1) blend sebati tomato & bawang holland
2) masak atas api, sentiasa gaul ye
3) masukkan acv, dan perasakan dengan gula & garam.
4) kacau sampai masak, dan tambahkan tepung jagung.
5) gaul sentiasa sampai kuah tomato memekat.
6) sejukkan, dan botolkan. Simpan dalam peti senyum.

P/s :- tujuan tepung jagung dimasukkan untuk memekatkan kuah ye. Kredit kepada Jelitawan Organik

Tahan sehingga 3 minggu dalam peti senyum ;)

7 comments

February 9, 2017 at 12:06 AM

tahan bape lama ye sheila?kena rajin2kan diri la buat mcm ni. suapaya boleh berjimat.hehe

February 9, 2017 at 2:33 PM

rajin sheila

February 17, 2017 at 2:57 PM

wow first time tgk homemade sauce ni, rajinnya sheila, akak pun suka bab masakan ni ;)

February 21, 2017 at 8:40 AM

bolehlah cuba buat. rajin shiela

March 21, 2017 at 3:45 PM

rajinnya shila oiii...hehehehe

March 27, 2017 at 10:59 AM

Wah! Bagus buat sendiri ni... Sihat walafiat

March 27, 2017 at 10:59 AM

U are so rajin

Post a Comment