1 Years Old Muhammad Umar Ridhwan | norsheilasalleh.blogspot.com

1 Years Old Muhammad Umar Ridhwan

Assalamualaikum...

Major throwback 6 bulan sebelum masuk usia 1 tahun ye. Under 6 months pun dah pernah updated. Punyalah susah nak curi masa update blog sekarang. Dua askar kecil ni aktif betul. Maklumlah, anak lelaki kan ;)

7 bulan, adik dah steady merangkak, duduk, berdiri kat tepi meja, kerusi, sofa, tilam. Asal boleh semua dia layan diri. Masa ni dah nampak dia ngembeng sikit bila tak nampak umi depan mata. Nak buat kerja apa semua angkut dia sekali. Baru dengar dia bebel-bebel sikit. Tapi kebiasaan dia diam je sambil main dengan along.

Bab makan sehari sebelum 8 bulan sembelit pula sebab bagi beras perang 3 hari. Kesian tengok dia menangis sambil meneran. Makan 3-4 kali sehari. Air masak suap pakai sudu je. Banyak minum compared with adam. Hahaa.

8 bulan, gusi nampak gatal dan keputihan. Macam gigi nak keluar dah tu. Hiewhiew.

9 bulan, terus keluar gigi 2 batang bawah. 1st time kena demam campak. Baru start kuat makan nasi. Mula berdiri tanpa pegangan.

10 bulan, keluar 2 batang gigi atas. Baru ajar ngempeng bila tidur sebab travel balik kg & bercuti. Dah mula kenal orang selain umi-baba-along.

11 bulan, dah makin suka bertatih & panjat sofa, turun sofa, panjat tilam turun tilam. Umar ni pandai bawa diri. Baru pandai babai org. Haha. Kuat makan, pantang tengok orang makan. Tapi kalau umi hilang dari radius mata dia, terus jerit nangis macam kena pukul (+___+)'

Seronok dia enjoy biskut & roti sourdough homemade by umi. Gigi atas 4 batang, bawah masih 2. Seminggu sebelum birthday adik usaha sendiri jalan satu rumah. So dah boleh belikan sandal dia hehhe.

Alhamdullilah, dah 1 tahun umur adik... bagi aku, bersyukur sangat dapat jaga sendiri anak dari 1st day sampai 1 year old ni. Nampak perkembangan depan mata. Walaupun adik gembeng sikit laaa, tapi mudah jaga adik dari kecik. Takde nangis kuat, senang makan. Rindu bawa anak2 dalam perut. Hahaaa.
Sanah helwah anakanda umi, Muhammad Umar Ridhwan. Semoga membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh ye. Umi baba along sayang sangat kat adik (",)

4 comments

March 27, 2017 at 10:59 AM

Selamat hari lahir umar

April 3, 2017 at 11:49 AM

selamat hari jadi abang umar

April 3, 2017 at 11:50 AM

semoga abang umar membesar menajdi anak yang soleh dan taat pada agama, semoga murah rezeki...

April 10, 2017 at 3:30 PM

setahun dah ye...pasni kalau rindu baby next baby la plak :P

Post a Comment