Jum Terjah Marissa Shoppe di TCE Baby Expo 30 Mac-2 Apr 2017 | norsheilasalleh.blogspot.com

Jum Terjah Marissa Shoppe di TCE Baby Expo 30 Mac-2 Apr 2017

Assalamualaikum...

Marissa Shoppe antara kedai favourite aku. Nak beli barang keperluan anak-anak, mesti ke sini. Owner dia, Kak Nad selalu buat sales yang best-best. Ehh memang rugilah kalau tak beli kat kedai ni. Since my 1st son sampai 2nd son, memang shopping barang anak kat sini. hihii

Aku jenis setia, kalau dah jumpa kedai the best so aku setia dengan kedai yang sama je. Dulu pun pernah buat review ikhlas pasal kedai kak nad ni. Tak sangka sampai kak nad cari den nak bagi hadiah sebab entri tu ;) thank you kaknad. 

Ko cakap la, apa benda ko nak. Insya Allah, semua jenis barang ada. Stroller, buggy, baby carrier, wrap, botol susu pelbagai jenis, warmer, romper, sleepsuit, beg baby, toys, homemade food seperti puree, biskut, set berpantang, set mandian, milkbooster pun ada (biskut/serbuk utk buat minuman), electric lunch box pun ada ye. Aku sendiri tak bajet ada jual kat sini, merata aku terjah kedai baby lain, semua takde jual. Kat Marissa Shoppe juga boleh jumpa (>____<)

Antara barang yang kak nad jual dekat booth nanti :-

Kedai kaknad kat Shah Alam, maybe agak jauh la untuk korang datang... so nak bagitau, Marissa Shoppe join TCE Baby Expo 30 Mac-2 April kat Mid Valley. Siapa yang nak jimat kos, beli banyak barang anak-anak, moh ler save the date. Terjah baby expo dengan penuh berhemah ;)

Sejak ada anak-anak ni, benda paling tertunggu-tunggu untuk topup keperluan anak-anak adalah waktu sales. Sales bukan biasa-biasa ye, selalu barang keperluan anak-anak ni paling syok beli masa baby expo ! ;))

Siapalah tak suka pergi baby expo kan. Walaupun confirm ramai gila manusia sampai bergeser punggung, sentiasa jadi pilihan ibu bapa terutama 1st time parent. Hahaa. Aku dah merasa dulu (",)

Sumpah rambang mata kalau pergi baby expo. Memang serba serbi ada barang keperluan baby dan juga untuk ibu mengandung, berpantang, menyusu. Jangan taktahu sekarang memang hot item, homemade food baby pun ada dijual kat baby expo.

Confirm harga lebih murah daripada harga biasa kat kedai ye. Siap ada hadiah percuma, cabutan bertuah, harga luar jangkaan, free tester !!!

Save the date ya !!!
Marissa Shoppe Hall 1 booth 58&59
30 mac - 2 april
10 pagi - 9 malam
Mid Valley Exhibition Centre

4 hari berlangsungnya baby expo ni.

But last not least, doakan aku menang hadiah ni ye. Umar dah 1 tahun 2 hari lepas. Hehee. Lawanya gambar gajah, Adam & Umar mesti suka (",) aku pun suka juga babywearing ni, menyenangkan waktu nak shopping (>___<)

4 comments

March 27, 2017 at 11:01 AM

Sejak ada anak ni sy tak penah pergi mana2 baby expo sebab leceh bawak anak -crowded. Nanti anak rimas.. Pernah pergi sebelum bersalin 3 tahun lepas jer masa anak belum lahir. Hehe

March 27, 2017 at 11:01 AM

However, this is a good info

April 3, 2017 at 11:34 AM

bestnya, macam-macam ada sini

April 10, 2017 at 3:29 PM

lama tak pergi baby expo..last masa adam baby..husband tak suka bergeser2 punggung..huhu...

Post a Comment