Dua hari sebelum tibanya tarikh ni, aku berada di kawasan kampung si dia buat kali ke-2.. Kampung Paloh, Johor Bharu. Aku dengan rela hati nak ikut balik, sesak kepala aku stay KL lelama camni. hee. terima kasih kat mak si dia sebab sudi terima kedatangan aku kali ke-2 ni. so kami gerak awal sikit dari biasa, selepas senja.. hmm keadaan agak kurang memuaskan, jem teruk start daripada Seremban. aduh, kasihan aku tengok dia. nak ganti drive, dia sengih2 aje . hahahhaa.
Aku seronok kacau2 dia , dah lama tak spend time together. dan perjalanan yang tak berapa menarik ni *pasal dia main 170km aje, naik ngeri aku dibuatnya.* speed gila2, nak cepat sampai. Last2 , jam 12 tengahmalam baru sampai ke rumah family dia. dan aku dikira hebat gak lah, aku takleh tidur langsung malam tu. adess. parah weh. dah lah kat rumah orang, mata bundar aku ni buat hal pulak. nak kena agaknya... *sabar jelah sheila* .. Rupanya aku diganggu bunyi ayam jantan berkokok start dari jam 1:30 pagi sampai jam 4pagi. *haa amik kau...* tragis kan? .. hahaha..
Apa yang aku buat?? haa.. biasa2 je.. jalani hidup sebagai aku yang sebenar.. haha. aku dok feeling kat halaman rumah dia.. tengok pokok2 sawit. kira batu besar berapa, batu kecik berapa.. kihkihkih. aku suka bila dapat rasa balik ke tempat kelahiran aku. yeahh. best! Sempat jugak kami menziarahi kawan lama dia yang baru lepas excident teruk tu- Zaki. Paling tak leh belahhh, selera makan dia dasyat! asyik lapar aje.. aku takyah nak paksa dia makan.. sendiri makan je. huhu. gemuk dan gendut tau sekarang. aku slim river lagi wehhh. hahahhaa.
Yang masih juga sama- jem teruk sampai KL. fuhh! seksanya semua orang, aku rasalah. aku takleh duk diam. habis lagu pelik2 aku nyanyi.. hahaha. sambil2 tu makan tak henti2. perghh sebu je tekak aku ni. melayan putera hati yang manja ni.. heeee (",)
Tak silap aku, dia nak balik lalu jalan KL.. aku mengiakan je. Rupanya, sampai dekat dengan kawasan Padang Merdeka ngam2 jam 12 tengahmalam.. dia wish aku - "umi dah 21 tahun da..." aku sengih je. siap nyanyi lagu selamat hari lahir. wahhh thank you so much sayang.. terharu rasanya, aku bukan budak2 pun. tapi dia suka buat aku rasa cam budak kecik. kahkahakha. sengal ek. so kami drop kejap kat tempat dalam kenangan kami dulu2.. heeee.. so sweet lah sayang ni, dia berkejar dari JB semata2 nak bawak aku ke tempat ni untuk sambut hari ulangtahun kelahiran. haha. best2!
dalam perjalanan keluar dari Kampung Paloh .(",)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi yang indah... 6 Jun 2011..
aku disahkan sakit perut yang melampau.. sampai 4 kali wehh ulang masuk toilet! haha. aku amik ubat dari papa. fuhh. kejang badan aku dibuatnya.. hmm dia pun 4 kali. haaa. buat aku lemah satu badan aje, tambah pening tak berdaya.. hmm hilang tenaga aku *demam pulak.. :(
Dah lerrr kejutan2 yang mendatang pada harini, tiba2 letrik takde pagi ni. errrghh hampeh tul , ni TNB buat hal lah ni. kacau daun tol. nasib baik 10 minit aje, kalau tak kepanasan aku.. So mak dengan adik rancang nak g ziarah cucu merangkap anak buat kesayangan aku- Fahrin kat Selayang. aku siap ala kadar aje. cincai macai. sesampainya kami, nasib kurang baik. si kecil tu meragam sebab tidurnya terganggu. hmm maafkan kami ya si comel! dengarnya dia dah pandai berjalan. tu yang rombongan cik Ani mai datang melawat ni. semua pakat teruja nak tengok. aku lah yang paling excited gila. gila ke? sikit2 lah. hahahhaa
Inilah ragam anak buah kesayangan ku- Fahrin bila dah pandai berjalan. semua tempat dia jelajah. haha. kiut tak? disebabkan aku dah lama tak jenguk dia, mendapat aku tamparan kat paha berlemak aku ni. amboiiii marah ye Mok Tie tak jenguk kamu? sorry sayang ya..
Terima kasih buat sang kekasih - Norhadi bin Kahar.. teman dan lalui hari2 yang best @ bosan dengan aku. anda memang super cool! kita sayang awak gendut (",) hahahhahaa. Salam sayang dari ku - Norsheila binti Salleh .. ♥