Haa cuba fahami apa maksud disebalik title entry kali ni. hehe. okey. okey. aku buat special entry untuk adik angkat aku - Nasri Roseli. haa . sis nak citer camne kita leh kenal and stick together lama camni, okey?
Sesi perkenalan kami bermula pada tahun 2006, ketika itu aku baru berumur 16 tahun (muda gila kan?) dan si adik ni berumur 14 tahun. ngee, oleh kerana zaman itu aku obses lepak cc main myspace/ym. Tidak disengajakan berkenalan dengan si budak Nasri Roseli ni. haa. dia ni sangat sporting tau. lagi satu matang. best borak-borak dengan dia. yelah, stay kat overseas. lupa aku mana negaranya. hehe! but then, kami memang rajin mengupdate cerita masing-masing setiap kali ada peluang nak berborak melalui Myspace/Ym. Keadaan ini berlarutan sehingga tahun seterusnya.
2007, still contact dengan adik Nas..
2008, selepas aku tamat PLKN .. aku masih lagi dapat menghubungi adik Nas ni. *ingatkan dah menghilang.. dan dikejutkan berita yang dia nak amik SPM kat Malaysia. so meaning that he will came back to Malaysia. yeah! happy sekejap aku masa tu. dan dikejutkan berita that my sis-Amoy pun berkawan dengan adik Nas aku ni. hehe. *pelik!
Dan kami berdua sepakat untuk berjumpa selepas beberapa lama selepas itu! *lama yang tak dapat dipastikan.. Mid Valley Megamall, Bangsar. aku gerak naik train macam biasa sebab that time aku kerja kat hotel depan Mall ni.. *lupa pulak! Hari yang ditunggukan dah tiba.. dia datang dengan dua kawan baik . aci redah je aku sorang ladies. overall aku happy dapat face to face dengan dia. dia memang cakap banyak dan matang. kadang tu terbelit lidah nak jawab soalan-soalan ala2 SPM dari dia tu. comel! spend time together, siap tengok wayang lagi tu. sumpah kelakar! hahaha *sis teringat habis kat adik Nas ni..
yeah, paling kontroversi ni! siap leh bergaduh besau dengan ex kita. adik memang otai gila ek? kat overseas kaki pukul ke? haha. sedih sebab hampir setahun lebih lost contact sebab encik ex tak sukakan adik ni. Apa yang penting, orang dulu-dulu pernah cakap.. Air yang dicincang takkan putus. aku percaya dengan kata-kata ni. sejauh mana pun kitorang pergi.. kitorang masih contact eachothers.. sampai ke zaman Facebook . haha.
Sekian, yang penat- aku ! (",)