*Rilekskan otak dan minda sambil dengar lagu* Hai kawan-kawan. Rasanya dah habis mood honeymoon kitorang. Sekarang dah boleh back to normal. Normal maksudnya buat rileks lah. Tak perlu nak gedik-gedik dan retis-retis. Haha. Sementelah ni, aku pening. Tak tahu nak update entri kat blog yang mana satu. Totally hang my head. Jem teruk kat otak ni. Tapi itu dua hari lepas punya cerita. Aku decide nak meriahkan balik blog 'Triple S' yang terlebih sunyi serta kurang kasih sayang aku. Har har har *gelak berharakat*
----------------------------------------------------
Ada somebody ajukan soalan. Cinta-tunang-kawin. Bahagiakah? Guys! Zaman bercintan cintun dulu memang best. Semanis kurma lah orang kata *aku je yang kata* Percaya atau tidak. Aku sangat merindui zaman tu. Zaman dimana boleh sms, bergayut sebelum tidur. Bila sampai birthday time, buat suprised sana sini. Bawa jalan-jalan teman yang kita request. Wahh hebatnya penangan cinta wa cakap sama lu. Mesti semua yang sedang bercintan cintun mengalami hal ini.
Well, lepas korang dah lepas zaman tu. Ini mencabar. Zaman dimana korang berdua Uda & Dara semakin serius dalam perhubungan korang. Nak ikat pertunangan dan lestarikan hubungan kalian. Bawa keluarga merisik si Dara. aduh manis sungguh. Berpahala lah kamu insya Allah kerana benda yang baik kita dahulukan. Masa bergelar tunangan orang ni lah banyak dugaan dan cabaran. Masa ni lah keluar perangai tak senonoh lah, kurang siuman *nauzubillahminzalik* suka bergaduh, maki hamun dan cepat marah. Ya, semua ni berlaku kerana hati kita tak bersih. Senang dihasut syaitan. Elakkan diri kamu daripada berperangai begitu jika benar korang sayangkan hubungan sesama kamu. Jangan sampai putus tunang. Jangan cari pasal ya. Kesian keluarga! ish..ish..ishkk..
Bila dah sah bergelar suami isteri, syurga dunia lah kamu rasa. Dibawa honeymoon. Kat rumah pun dikira juga honeymoon. Yelah kan, dah suami isteri namanya. Pastu 2 3 bulan kemudian kalau rezeki cepat dah berisi badan isteri. Part ni best, mengidam yang pelik-pelik. Merasalah badan macam dipam-pam oleh angin. Kembang sana sini. Zuriat tu penyambung hubungan erat antara suami isteri. Korang suka baby tak? Aku suka sangat baby. Tak kisahlah girl ke boy. Sentiasa comel! Pro kontra dalam kehidupan memang sentiasa ada. So dont worry. Jangan takut untuk lalui semua ini. Aku doakan korang cepat-cepat kawin dengan pasangan korang dan bahagia insya Allah :)
with love and much love,
sheila