[Review] Ecover Laundry & Giveaway !!! | norsheilasalleh.blogspot.com

[Review] Ecover Laundry & Giveaway !!!

Assalamualaikum...
Aku memang suka membasuh pakaian. Aku suka bau pakaian yang berbau wangi. Rasanya tak pernah kot hantar baju ke laundry tapi sejak mula menggunakan Ecover semasa membasuh pakaian, terus terasa macam hantar baju ke dobi. Hahaha. Bau dia memang sedap, smooth!  Pernah dengar ke Ecover? Dah 30 tahun usianya tapi baru je masuk pasaran Asia. 
sheila shahfiekry
Jujur ku katakan, aku excited nak gunakannya. Ecover ni jenis sabun yang paling terbaik kerana kandungannya tiada kimia, 100% natural plants and minerals. I love it. Sekaligus ianya bagus untuk digunakan untuk mencuci pakaian kita, terasa lebih terjamin kebersihan dan kualiti pakaian tau! Trust me J Aku dah letih guna pencuci jenis serbuk dan cecair lain. Tahu sebab apa? Pakaian mesti tak bersih dengan adanya kesan sabun yang melekat. Kadang tu terpaksa aku cuci buat kali kedua. Sangat merugikan masa kan? 

Sejak tahun 1980, Ecover merupakan jenama yang terkenal di dunia melalui produknya pembersih seisi rumah yang mesra alam. Dikuasakan dengan alam semulajadi dan menghasilkan pembersih yang diperolehi daripada tumbuhan dan mineral. Ini bermakna produk ni bebas daripada campuran kimia! Seeloknya, bagi yang ingin menjaga ahli keluarganya daripada kulit menggelupas, kulit sensitif disarankan menggunakan produk Ecover ni. Pasti tiada masalah dikemudian hari.
sheila shahfiekry
Dan yang paling bagusnya, produk ini tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. 
Ada lagi good news, Ecover juga sangat menitikberatkan alam semulajadi. Pembungkusannya boleh  recycleable, renewable & reuseable bagi mengelakkan alam semulajadi terus tercemar. Setelah 3 tahun menjalankan kajian mencari alternatif baru untuk menghasilkan pembungkusan yang dapat mengatasi masalah pencemaran akhirnya hasil gabungan saintis yang hebat, mereka melaksanakan PolyEthylene (PE) iaitu plastic hijau yang dipanggil plant-astic yang 100% diperbaharui, boleh digunakan dan dikitar semula. Ianya diperbuat daripada tebu tau! Semua botol Ecover diperbuat daripada 100% plant-astic! Yeah.
sheila shahfiekry
 Sabun Pakaian Ecover – Non Bio Laundry Liquid
sheila shahfiekry
1.5L RM 41.50
Sesuai untuk pakaian yang berwarna putih dan berwarna. Ianya berbentuk cecair yang mampu membersihkan pakaian dan meninggalkan kesan wangian semulajadi hasil daripada tumbuhan dan mineral pada pakaian walaupun dicuci menggunakan suhu yang rendah serta tidak mengandungi optical brighteners. Bau dia sama macam bau pakaian daripada kedai dobi. Kedai dobi pakai sabun pakaian apa ek? Hihiiii
Arahan :-
Untuk mesin basuh : letakkan dos dalam machine dispenser. Untuk hasil yang optimum pada pakaian berwarna putih, ikut arahan diatas dan letakkan Ecover Bleach ke dalam machine dispenser. Aku guna 1 scoop (penutup botol) je.
Untuk cucian menggunakan tangan : Letak 1 ½ penutup botol (53ml) dalam 5 liter air suam. Basuh dan bilas pakaian seperti biasa.
Ecover Non-Bio Laundry Liquid – manfaatnya
* diuji pada kulit yang sensitif.
* tidak berdasarkan bahan petro kimia
* tiada sisa bahan kimia yang tertinggal pada pakaian anda
* haruman segar hasil daripada tumbuhan dan bahan berasaskan mineral
* membasuh dengan cekap menggunakan kuasa bahan alam semula jadi
* tidak diuji ke atas haiwan.
Sabun Pakaian Ecover – Under The Sun Fabric Conditioner
sheila shahfiekry
750ml RM 17.80
Selalunya pakaian yang dijemur dibawah sinaran matahari, akan mudah luntur warnanya dan meninggalkan kesan habuk luar yang boleh menggatalkan kulit sensitive. Setelah gunakan produk Ecover ni, pakaian jadi lembut, lebih wangi dan senang nak iron. Hehehee
Untuk mesin basuh : Letak 1 scoop (nak extra lebih lembut, letak 2 scoop) ke dalam machine dispenser.
Untuk cucian menggunakan tangan : Cairkan 1 ½ scoop dalam 5 liter air suam. Kemudian letak dalam machine dispenser. Amaran, jangan diletakkan conditioner terus pada pakaian.
Ecover Under The Sun Fabric Conditioner – manfaatnya
* diuji pada kulit yang sensitif.
* tidak berdasarkan bahan petro kimia. Pakaian akan lebih lembut dan berbau segar
* diperbuat daripada bahan tumbuhan dan bahan berasaskan mineral
* membantu mengurangkan statik dan memudahkan pakaian untuk digosok (iron)
* menghormati kulit anda, tiada koloron. Hanya berasaskan tumbuhan
sheila shahfiekry
Sabun Pakaian Ecover – Delicate for Fine Fabrics
sheila shahfiekry
1L RM 19.00
Dikhaskan untuk membasuh tuala dan cadar. Selama ni aku takda beli pencuci khas, selamba guna pencuci pakaian je. Baru perasan, tuala dengan cadar sedikit kasar dan tak senang nak lipat secantiknya. Selepas gunakan produk khas Ecover ni terus jadi lembut dan wangi semacam. Suka sangat!
Untuk mesin basuh : Letak 1 ½ penutup botol (45ml) ke dalam machine dispenser. Basuh dan bilas seperti biasa.
Untuk cucian menggunakan tangan : Cairkan 2/3 scoop dalam 5 liter air suam. Basuh dan bilas seperti biasa.
Ecover Delicate -  manfaatnya
* sesuai untuk fabric halus, sutera dan wul
* melembutkan serta mengekalkan warna pada fabric
* tiada bahan biologi
* menghormati kulit anda, tiada koloran. Hanya berasaskan tumbuhan
* tidak berdasarkan bahan petro kimia
* botol dihasilkan daripada tebu - biodegradeable
sheila shahfiekry
Selain daripada pencuci pakaian, terdapat juga produk lain yang dihasilkan Ecover seperti gambar di bawah ini. Lengkaplah produk kebersihan untuk rumah! Jangan lupa untuk mencuba tau.
Kalau nak tahu lebih lanjut kuasa pembersih Ecover, layari website www.ecover.com
Rangkaian produk Ecover juga boleh didapati di :-
·         Village Grocer ( 1 Mont Kiara, Sunway Giza, Bangsar Village)
·         Jaya Grocer (Bukit Jelutong, The Intermark, Empire Gallery
·         Pasaraya Presto (Citta Mall, TTDI, Damansara Perdana)
·         Ben’s Independent GrocerB.I.G (Solaris Dutamas)
·         Pasaraya Hero ( Bandar Sri Damansara, Seksyen 13 Shah Alam, Taman Dagang, etc.)


******Ecover Giveaway******

Penat menaip kat atas, meh nak kasi hadiah awesome daripada Ecover. Banyak kebaikan yang aku dapat daripada produk Ecover ni, bukan sahaja untuk ahli keluarga malah dalam memelihara pencemaran alam sekitar.
Nak hadiah tak? Senang je…
·       *   Like fanpage aku – Sheila Shahfiekry
·        * Lepas tu, pilih satu daripada 3 produk pembersih pakaian Ecover ni, dan tulis pendapat korang diruangan komen sekiranya korang atau ahli keluarga korang yang menderita akibat kulit sensitif atau alergik serta nyatakan kenapa korang nak sample trial produk Ecover ni.
1)      (One) Ecover Non-Bio Laundry Liquid – 1.5L
2)      (One) Ecover Under The Sun Fabric Conditioner – 750ML
3)      (One) Ecover Delicate for Fine Fabrics – 1Liter
sheila shahfiekry
Sertakan sekali email (kot lah menang, aku akan minta address korang ya)
·        * Esok 18 September 2014, jam 2petang akan tamat giveaway ini
·        * Penghantaran sample trial akan diberitahu melalui email
·        * Hanya 3 pemenang yang aku cari, cepat sertai sekarang J

21 comments

September 17, 2014 at 2:38 PM

hadoii..nakjoin!! tp line mcm siput..adoii

September 17, 2014 at 2:38 PM

pernah mencuba produk dari ecoever nie..memang terbaik.

September 17, 2014 at 2:42 PM

Ecover adalah produk yang memang ada kesan positifnya terbaik lah dah biasa dapat freegive Ecover untuk cuci pinggan mangkuk..

ni nak try tengok Ecover Non-Bio Laundry Liquid – 1.5L adakah sesuai untuk kulit anak-anak saya yang sentiasa terdedah dengan keadaan persekitaran luar maklum la diorang banyak di taska dan tadika kekotoran sentiasa melekat di baju mereka..

kalau lah okey produk Ecover akan di hati ana dan akan di ganti dengan produk yang sedia ada di rumah..inysaallah..

ni add email ana:-adna2029@gmail.com

September 17, 2014 at 2:44 PM

sheila nad pun ade dapat..best kan gune produk ni..hehee

September 17, 2014 at 3:23 PM

Irna memang cerewet bab cecair pencuci pakaian sebab kulit Irna sensitif termasuk anak2 Irna.Selalu gatal2 badan kalau guna yang tak sesuai..Jadi Irna nak sample trial produk Ecover iaitu Ecover Under The Sun Fabric Conditioner sebab ianya sesuai utk kulit sensitif.

September 17, 2014 at 3:26 PM

ni email irna ...

irnanurasikin@gmail.com

September 17, 2014 at 3:41 PM

sy pilih Ecover Non-Bio Laundry Liquid – 1.5L

sebabnya nak gak rasa bau wangi dia tu cmne..sbb selama sy beli pencuci baju, susah nak betul2 yg melekat kat baju bau wangi tu..wangi masa basuh je, bile dh kering, bau tu pon ilang..Tension je rasa..

September 17, 2014 at 3:42 PM

lupe plak, ni emel ye

milahilas0605@gmail.com

September 17, 2014 at 4:32 PM

MACAM MAHAL JE..

September 17, 2014 at 5:03 PM

salam sheila!

Ok dah like fanpage :)

nak pilih no 1. Ecover Non Bio laundry Liquid.
Sebab sy sendiri menghidap penyakit eczema. mmg sgt sensitif dgn kulit2 ni sbb slalu gatal2. mostly brg di rumah semuanya organic. lepas tu anak dara sy yg 9 bulan tu pun dah di ajar pakai brg2 organic. sbb kulit dia pun ala2 mama dia jgak. snsitif. baju2 dia memang kena beli pencuci asing yg organik. so kalau produk ni sgt berkesan, insyaAllah rina akan repeat gunakan produk ni utk kami sekeluarga. hehe

ni emel sy in case ada rezeki menang give away ni.

riena1986@gmail.com

XOXO!

September 17, 2014 at 5:17 PM

assalamualaikum diknon sheila...

ehem² nak try jOin la, saje suka²... mana tau terpilih...

bab like fanpage tu lama dah like.. untuk ecover GA, akak nak pilih Ecover Non-Bio Laundry Liquid, sebab tak jemur baju kat panas, & suka baju bau wangi je, dannnn sebab utama ialah akak jenis kulit sensitif yang hamat, jangan silap pakai deoderon, jangan silap pakai shower foam & kadang² allergic dengan sabun basuh baju, bila pakai baju baru basuh tros rasa kulit gatal²...so bila sheila bgtau Ecover sabun basuh baju ni boleh kurangkan allergic² kat kulit ni, so mmg teringin sangat nak mencuba kan kan kan..

so harap² le terpilih... kalau ada rezeki..yang ni
Entri akak pasal kulit sensitif

& email address kalau nak hubungi
mushonline82@yahoo.com

tq sheila..

September 17, 2014 at 5:33 PM

Wah.bestnya...nak try nasiblah yer...

One (1) Non-Bio Laundry Liquid 1L,Saya memilih sabun ini kerana pencuci ini sesuai untuk pakaian yang berwarna putih dan berwarna sangat sesuai dengan jenis pakaian kami seisi keluarga terutamanya untuk si kecil saya.memandangkan si kecil sangat aktif bergerak membuatkan pakaian selalu kotor dan agak susah untuk menyentalnya,dengan Non Bio Laundry Liquid mampu menaggalkan kesan kotoran yang degil dan meninggalkan wangian yang harum.Pakaian yang bersih amat penting untuk saya sekeluarga terutama kepada sikecil syaa,kerana membantu mencegah segala bakteria dengan kebersihan pakaian. Lagi satu ia amat sesuai dengan saya yang berkulit sensitive
Email:
Ivy_ika@yahoo.com

September 17, 2014 at 5:36 PM

Eyza nak cuba nasib gak.. mana la tau ada rezeki, bole dapat.. hihihi...

Eyza suka yang Non-Bio Laundry Liquid 1.5L sebab sebelum ni pakai yang serbuk .. pastu, masa nak sidai, mesti ada lekat lagi sisa2 sabun kat baju.. x best.. lagipun eyza mmg tgh cari pencuci yang mesra tangan sebab sesetengah pencuci yang banyak bahan kimia buat kulit mengelupas nanti.. terus tak cantik.. :)

Eyza nak trial sample produk ecover ni sebab nak jugak rasa bestnya pakai produk ni.. dan nak jugak baju wangi macam kat kedai dobi tu..

email : eyzafarza@yahoo.com
blog: http://eyzamiel.blogspot.com

September 18, 2014 at 9:37 AM

nak yang no 3 boleh....aku nak cuba mana tau ok..sebab skrg family aku tgh gatal2 kulit x tau apa puncanya...mungkin kesan pencuci atau sebaliknya..apapun kalau cuba ecover ni ok..boleh terus jadi customer tetap..in shaa allah...

jamiansarif@gmail.com

September 18, 2014 at 10:08 AM

salam kenal dan salam ukhwah dari mommylina KBBS

September 18, 2014 at 6:59 PM

Kenapa mcm best ye...mcm nak try jugak la...lepas hbs sabun skrg...kekeke

September 18, 2014 at 11:21 PM

Wah..bestnyer..tp xsempat join..bz benar...

September 19, 2014 at 10:06 AM

Wahh bestnya kalau dapat join..tak semapt!keja banyakk..tapi harga dia boleh tahan kan..kalau tahan lama, memang berbaloi beli..sebab akak pon suka yang bau dia harum n tahan lama..

September 19, 2014 at 2:07 PM

Salam singgah, ala semalam punya. dah tak sempat hehe. Kalau ada lagi bagitau ye.. saya memang suka produk eco-friendly ni. studioous.blogspot.com

September 21, 2014 at 10:46 PM

lambat da.... :(

October 15, 2014 at 3:01 PM

x sempat nak join la..

Post a Comment