terima kasih sayangku | norsheilasalleh.blogspot.com

terima kasih sayangku

Sabtu 12/3/2011
Hari yang membosankan bila semua benda nak kena buat sendiri. bilalah baba nak balik ya. dari semalam sebelum dia bergerak ke sana. aku asyik pandang dia je. rindu sangat da ni. tak tipu punya. seriously. teringat pula detik kita berkenalan..

Macam tak sangka kita boleh in relationship.. kan awak? selama kita berkawan.. saya sangat happy bersama awak. kita betul2 masuk air bila sampai waktunya. oh kelakar sungguh bila diingatkan balik. awak.. rupanya awak ni dalam hati ada taman ya. saya tak pernah simpan perasaan ini pada awak. jujur gila saya selama dengan awak. tempoh yang singkat itu.. hanya awak yang berdampingan dengan saya. saya hargai kesungguhan awak. banyak yang awak dah lakukan untuk saya. hatta perkara paling simple pun, awak sanggup tunggu saya balik. terima kasih awak.

Dan sangat bagus pabila saya boleh jadi sebegini berisi.. hehe. sudah naik 2-3 kg tau. im truly happy. keluarga saya suka tengok saya boleh berisi macam dulu. haha. terima kasih kat awak banyak-banyak ya. Yang tak pernah merungut cuma kuat potpet je. saya suka awak. senang berbicara dengan awak. awak faham saya. saya faham awak. saya sayang awak. awak sayangkan saya ???

Kemana saja kita jalan.. kemana saja kita berhenti untuk berborak.. kat situlah kenangan yang dah kita ciptakan bersama. terima kasih awak. sebab selalu teman kemana saja saya pergi. saya risau awak bosan sebenarnya sebab saya ni kuat berjalan.. saya suka cari pengalaman tempat baru. saya perlukan tempat baru untuk kehidupan yang baharu. sayang, kita tukar angin ya? hehe. saya nak jadi orang jati Johor balik. saya rindukan suasana kampung saya. sayang.. itulah destinasi kita bersama nanti.. saya tunggu awak.

Saya gembira bila awak ada disamping saya. terima kasih lagi buat awak. Yang tak jemu nak tengok saya hari-hari. Yang suka pimpin tangan saya. suka buat benda-benda gila bersama saya. haha. Hadi Kahar.. awak buat saya jatuh cinta!

saya ni takde apa nak bagi or make you proud with me. saya cuma Norsheila binti Salleh yang sangat simple dan hidup sederhana. Dikiri dan kanan saya penuh dengan kasih sayang dan cinta eksklusif buat awak.. semuanya untuk awak Norhadi Kahar.

1 comment

March 12, 2011 at 4:10 PM

alolo...so sweetnye awk..
sonoknye!
sye tompg gmbre tok awk n mr hadi....

Post a Comment