Trial and success! | norsheilasalleh.blogspot.com

Trial and success!

Khas buat aku seorang memandangkan aku je yang berpuasa 6 ni. Semalam aci makan Rendang Daging dengan  Nasi Impit. Harini terlebih rajin sebab sempat godek resipi kat internet. Terliur nak makan, disebabkan mak jauh takleh nak guide maka secara rasminya harini aku cuba sendiri. Harap2 along dengan adik tak banyak bunyi! ;p

Resipi Pertama : Daging Gulai Kawah
bahan2 :

  • daging lembu (500kg)
  • halia (1cm) - hiris
  • bawang putih 3 ulas - hiris
  • bawang merah sederhana besar 2 biji - hiris
  • perencah kari - 1 paket kecil
  • budu ( 2-3 sudu ) - tidak dimasukkan sebab takda stok
  • asam keping ( 1-2 keping bergantung mengikut saiz)
  • lengkuas + kunyit hidup sikit - tumbuk
  • kerisik 1 sudu
  • kentang 3 biji - potong ikut suka hati tukang masak 
  • 1 cawan santan pekat @ susu dairy cham
  • air
cara masak :

  1. halia + bawang putih - tumis sampai naik bau dan kekuningan
  2. masukkan bwg merah - tumis smpai garing
  3. masukkan perencah kari - tumis seketika dan baru masukkan 1 cawan air - tumis sampai kering
  4. masukkan daging + garam + gula + asam keping + kunyit & lengkuas yg ditumbuk + kerisik  - bubuh sedikit air (dalam 1 cawan)
  5. tutup periuk dan biar sampai daging lembut. kalau agak2 air kering, tambah la air lagi...
  6. pastu buh kentang. biarkan sampai daging + kentang masak.
  7. last sekali baru buh santan + air sesuka hati korang nak kuah cair or pekat. pastu aku buh cili hijau belah dua 2 bijik. ni cik esah x cakap aku sesaje suke menokok tambah...
  8. biarkan menggelegak seketika then siap! 

    Resipi kedua : Sayuran Bersausage
    bahan2 :
    • bawang merah saiz besar sebiji - hiris halus
    • bawang putih 3 ulas - hiris halus
    • cili merah  1 biji - potong
    • cili api 2-3 biji - potong @ belah
    • sausage - 2 batang - potong ikut suka kreativiti sendiri
    • sayuran: carrot,terung bulat,tomato puri - potong ikut kreativiti sendiri
    • sos tiram - sukatan ikut gerak hati ;p
    • MAGGI cukup rasa

    Cara memasak :


    1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih
    2. masukkan sausage yang telah dipotong
    3. masukkan sos tiram & maggi cukup rasa
    4. masukkan cili api & carrot
    5. last sekali masukkan terung bulat  & tomato puri
    6. letak garam & gula ikut kesesuaian rasa...

    Daging Gulai Kawah
    Sayuran Bersausage
    Juadah berbuka harini :)
    Sirap Laici, my faveret!
    Alhamdullilah, sedap tau uols. Try ikut kreativiti korang yek. Selamat mencuba.
    Till then!

    credit to http://akubukancheff.blogspot.com aka Kak Ina yang memang sempoi masak simple tapi sedap dimakan. yeah!

    3 comments

    September 2, 2011 at 10:14 AM

    terliur pulak tengok daging gulai kawah tu! :')

    September 6, 2011 at 2:57 PM

    wah..bole jadi chef lpas ni..thanks kongsi resepi..
    favourite org utara nih..

    September 8, 2011 at 11:45 AM

    hee thanks kirana dengan zureen! ahaa, saja2 cuba masak. nasib baik jadi :) hee next time kita buat lagi lain reipi ya. buat masa ni busy kerja sikit :)

    Post a Comment