Idolaku, SR ! | norsheilasalleh.blogspot.com

Idolaku, SR !

* Siti Rosmizah binti Semail *

Assalamualaikum..
Anak kelahiran Kuala Lumpur dan berkerjaya sebagai seorang peguam mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2008 menerusi Novel sulungnya Andai Itu Takdirnya yang di terbitkan oleh Buku Prima pada April, 2008. Sentuhan pertama beliau ini telah mendapat sambutan yang begitu hebat sekali dan sekaligus menobatkan dirinya sebagai pemenang Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009, kategori Fiksyen Bahasa Melayu. Novel yang terhasil melalui ilham di dalam mimpi ini telah membuka ruang hatinya untuk terus bertamu di dalam bidang penulisan ini.
Bulan Mac, 2009 Novel ke-2 beliau Cinta kau dan Aku, terbitan Buku Prima berada di pasaran. Dan sekali lagi hasil sentuhan Siti Rosmizah dapat di terima oleh pembaca-pembaca di luar sana. Buktinya, dalam tempoh setahun novel tersebut telah di ulang cetak sebanyak 6 kali. Bertitik tolak dari kejayaan kedua-dua novel beliau yang terdahulu, telah membakar semangat Siti Rosmizah untuk terus menghasilkan karya yang terbaik buat tatapan peminat-peminat beliau yang tidak pernah jemu dan berhenti memberikan dorongan dan sokongan.
Kini Novel Ke-3 beliau Lafazkan Kalimah Cintamu terbitan syarikatnya sendiri SR Publication, kembali menemui peminat dan telah pun berada di pasaran. Janji Siti Rosmizah pada peminat-peminatnya, “Saya menulis kerana anda tanpa anda tidak mungkin akan ada karya Siti Rosmizah, andalah sumber inspirasi saya, saya akan sentiasa berusaha membuat karya yang terbaik untuk anda semua”. Karya ke-3 beliau ini dihasilkan atas permintaan peminat-peminatnya, harapannya semoga pembaca-pembaca di luar sana akan berpuas hati dengan hasil sentuhannya ini. Karya ke-4 adalah 7 Hari Mencintaiku memang sangat luar biasa daripada novel-novel yang terdapat dipasaran. Dijamin puas hati. Kesemua novel beliau aku ada buat koleksi. Berbaloi!

Preview novelis :
Andai Itu Takdirnya

Perkahwinan yang tidak diduga di antara Aleya dan Syed Aizril telah membuka lembaran duka dalam hidup gadis itu. Airmata menjadi peneman hidupnya apatah lagi selepas di buang keluarga. darjat dan ego menjadikan Syed Aizril mengenepikan bicara hati sendiri. Mampukah Aleya terus hidup menganyam derita? Sejauh mana Syed Aizril mampu mempertahankan keegoaannya? - RM19.00


Cinta Kau & Aku
Farisya seorang gadis yang berperwatakan ala tomboy telah bekerja sebagai seorang driver kepada seorang CEO Syarikat Korporat yang terkenal Farish Hakimi. Dalam diam jatuh hati, itulah yang terjadi pada jejaka tampan ini. Sedar kedudukan diri, Farisya menidakkan bisikan hatinya sendiri. Namun takdir Tuhan siapa yang tahu? - RM19.00


Lafazkan Kalimah Cintamu
Tengku Aqilah, seorang anak yang disisihkan oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupan sendiri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryann Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? - RM26.90


7 Hari Mencintaiku
Khuzairi, dalam diam mencintai seorang gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.   - RM32.90


7hm

Till then!
Wassalam..