Nowdays, rasanya korang mesti perasan ek. Blog ni meriah dengan post yang pelik2 drpd owner. Hm hmm, sorry sangat2. Hamba yang keding lagi keping tersangatlah busy kerja. Susah nak update blog walaupun tengah free masa rehat sehari sejam tu. Payah hamba dibuatnya. Ni pun asal boleh je, main tangkap muat nak buat entri masa bos dan officer yang lain g solat Jumaat. Ya,aku pakai baju kurung harini tapi terlupa pula hari ni Jumaat. Sekejap je seminggu berlalu. Kan? Kan?
Weekend ni tambah bar busy sebab my ex classmate sekolah rendah nak kawin. Taniah buat ZaifatulHusna! Esok malam baru nak terkedek2 beli hadiah utk Zai. Hope dia akan bahagia sampai ke syurga bersama bakal suami. Amin. Pakat plan dengan kawan yang lain nak hadir, kira reunion masa Zai kawin. Hehe. Masuk je bulan-bulan terakhir dalam tahun 2011, makin banyak kad undangan diterima. Maafkan hamba sekiranya tidak dapat memenuhi jemputan kalian. Deep inside my heart, im always pray for you friends.
Till then!
Assalamualaikum.