Sampai time kau sakit pun mak kau call cakap "meh lah datang tengok, dok panggil kamu nii" kau tau apa aku rasa.. sedih, perit tengok kau terbaring sakit.. kau yang aku kenal sangatlah periang, sewel yang amat, ketawa besar, cakap merapu.. tapi masa tu kau nampak sangat pendiam.. kau cuma mampu tersenyum tengok aku.. kenapa?? dulu aku dah pernah sarankan pergi checking kat hospital, kau sengih-sengih macam kera busok jee.. now?? see what happen to you my friends??? susahnya aku nak nasihatkan kepala ferum ni. asbestos! degil, main futsal tanak kalah. kawan kau ajak game, laju je. ni padah camne? siapa nak tanggung.. kau tau tak! kesian family kau.. aku sedih sangat ni, aku takleh nak pandang kau lama-lama weyy.
Aku mula teringat kenangan yang kita dah pernah cipta. since tadika.. kau pantang betul tengok tocang rambut yang mak aku buat asal comel. balik tu tau-tau kena marah dengan mak! kau kusutkan rambut aku, siap main tarik-tarik. sial kan kau kecik-kecik dulu!? darjah satu pula, kau hilang kasut sekolah waktu main bola padang, kena curik aku rasa.. siapa yang tolong kau? aku.. aku bagi kau pakai sebelah kasut sekolah aku. fair kan. sebelah lagi kita jalan sama-sama pakai stoking je.. hahahhah. punya sayang aku kat kau sampai camtu sekali.. nasib lah kakiku sesaiz dengan kau. hmm, bila aku kena kacau dek budak-budak taiko kat sekolah, kau lah heroku.. ninja turtle ku.. aksi bengong kau semua toksah citer, biar aku simpan dalam lipatan memoriku. hahha. berjela kalau nak gtau pun. grr, aku teringat waktu kau suka sorang awek dalam kelas kau.. aku jadi posmen bergaji 20sen , best gila! sebab tiap kali dia reply, kau bayar aku.. tapi akhirnya kau maintain gak solo macam akuu... kata rock? tak main laa jiwang blues ni.
Tiap kali cuti sekolah...aku dengan tak malunya pasti ikut kau balik kampung!! kampung kau best gilaa. aktiviti berkubang dalam lumpur sawah, main panjat pokok lepak-lepak, lastik orang, main lumba basikal,main galah panjang,sorok-sorok pun best.kita sampai terjatuh dari bumbung pondok dalam kebun orang, kau ingat tak?? aduhh, banyaknya memori tuu. Atuk Opah kau kemain suka dengan aku. yelah, lasak-lasak aku pun, tak selasak kau.. hahha. musim-musim camni tak pernah tinggal walau sekali.. akan sentiasa berulang dan berulang sampai kita dah besar.. bila dah membesar, kau dan aku tetap kemana saja walau kita tak satu tempat lagi.. rumah lain kawasan, sekolah menengah lain-lain, kau dah punya pacar.. aku tak ketinggalan juak.. semua blues kita dah pandai layannn.. tapi kita tak pernah lupa eachothers kan kan. masa kita masih lagi berputar antara kita. BF dan GF kita tak larat nak go on. kata kita yang terlebih romantis berdua. yeker?? kau rasa camtu ke? aku biasa je. mana ada buat pelik-pelik dengan kau. kita kan macam brother sista kan. hmm lantak aa. aku dan kau masih go on bersama. Friends forever indeed. x)
Tukang urut sambilan, haha. jangan biarkan otak kuning tu berleluasa.. aku yang join profesion ni. dan satu-satunya customer aku ,adalah kau! part time job tiap kali balik teman kau futsal. Minyak angin, kau lah pembantu terhormatku. haishh, sampai bila ekk nak kena jadi tukang urut sepenuh masa kau?? asal futsal je, sakit kau datang. kesian! kat aku.. tapi kau punya hal, aku okey beb.. kaki yang panjang berbulu tu, kerap buat hal. kepala lutut kau da makin teruk. berhentilah main futsal. dengar cakap aku.. aku terganggu tau, asal malam je kau call bagitau sakit kaki.. camne aku nak buat?? kepala ferum kau tanak berubah. dengan aku je kemain kau bagitau.. family kau? sorang pun nyah takdak!
Dan dikejadian yang berikutnya.. Babe, jangan menangis... syutt.. syutttttt. kenapa ni? ooo, dia? dah. dahh. hush babe! aku ada ni okey?? kenapa? persoalan ni berputar ligat kat hotak aku.. kenapa lagi??? kau diaamm je. kau tengah sedih. so aku pun ikut diam laa, first time tengok.. gelabah cap ayam laa aku time tu. hahhaa. INGAT TAK ? selama kenal kau, tak sangka betul menyaksikan kau dalam the worst ever time. kenapa? share? okey jum.. aku dengar.. "bla bla blaa blaa blaaaaaaaaaa blala blala blaaa blaaa.." aku naik angin. shit punya orang! mau mati ka? haiyooo. dah2, kau chill aje nanti aku jamin kerat rambut aa dia lutut depan kita.. kau tergelak, "serius??" yelah nyahh, dah tak percaya aku ke?? gampang sih! see, kau dah pun tersenyum sumbing ^^ happy back to see u're not upset again babe. hahahha, :)
Wehh kenapa jadi lagi? sial. makin jahat mulut aku sejak duduk kat Metropolitan punya tempat ni. haisshh. kau buat tak cakap kat aku pun. bengang betul. Masa tu ada sesuatu yang terjadi. aku gila naik hangin! lama aku merajuk.. hampir setahun.. kecewanya aku, aku ingat kau dah lupa aku.. dan kau datang dengan tiramisu kek kegemaran aku. wittt, nak pau aku lar tuh? ceh pordah.. nasib. nasib.. kau dah berubah? yeker?? aku tak nampak pun. ferum tu ada lagi. egois je turun satu bar, haha. kita kembali normal. aktivitis masih berjalan dengan luar biasanya.. since dah berbaik ni, kau ajak aku tengok futsal. Lagik! seronok gila aku enjoy kau beraksi kat tengah padang. Ada-ada aje yang bisa buat aku ketawa geli hati. yang mamat - mamat kat sebelah ni mesti pelik. apekejadah gelak takde partner neh? peduli apa aku.. aku tengah enjoy sangat malam tu.
Esoknya.. aku dapat call dari mak kau. HOSPITAL. rushing aku ,sampai-sampai je aku tengok mak terduduk di satu sudut. "Makcik ****, kenapa dengan dia?" mak kau suruh aku tengok sendiri.. saat tu, berdebar gila hati ni. rupanya kau dah lama sakit.. sakit kau dah makin makan dalam. patutlah kau hanya mampu tersenyum melihat aku.. kedatangan kau semalam untuk memberikan aku suatu kenangan yang mampu ku imbas kembali.. babe, aku kah orang terakhir yang tahu ?? kenapa aku?? kenapa kau tak share macam kita dulu-dulu?
aku bukan sahabat kau kah? persoalan ni takkan terjawab dan diketahui sampai bila-bila. Semoga kau pergi dengan aman dan kami disini sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.
kepada yang membaca, ini hanya cerita semata-mata . maaf kalau ada yang tercalar emosinya. cerita ini terlintas di fikiran lalu ku titipkan buat kalian. hmm tidak bermaksud untuk bercanda disini. APAKAH JIKA KALIAN DIDALAM SITUASI SEBEGINI?? bisakah kalian??