PAKAR DALAM MELAYAN PEREMPUAN
Lelaki heartbreaker tahu cara terbaik untuk melayan perempuan. Misalnya kalau kamu ingin masuk kereta si dia dengan pantas akan berlari membukakan pintu. Bila kamu lapar, si dia akan membawakan makanan untuk kamu tidak kiralah berapa sekalipun. Boleh dikatakan mereka gentleman sejati!hmm buat masa ni aku tak pernah jumpa friends yang gila gentleman camni. aku geli hati aa..
SWEET TALKER
Lelaki kategori ini sangat manis bila berkata-kata. Si dia akan memuji kamu sehingga kamu terasa ingin terbang ke langit tujuh. Si dia akan membuat kamu terasa kamu adalah wanita yang paling cantil di dunia, istimewa, luar biasa hanya dengan perkataan-perkataannya! ee dasyat kan. kamu sudah kenakah?
PUNYA BANYAK TEMAN WANITA
Andai diperhatikan, teman-temannya kebanyakan perempuan. Saat kamu berjalan-jalan dengannya pun orang yang menyapa si dia adalah perempuan! Si dia juga terlalu bersikap ramah dan melayan perempuan-perempuan yang menegurnya. Alasannya mereka hanya kawan. hahha. boleh percaya meh? ngee.. normally kalau aku, aku akan fikir 3 kali, mamat pattern gini akan sentiasa didampingi wanita-wanita keliling pinggang.. take my word!
AGENDANYA PENUH
Mencari waktu luangnya memang sukar. Bahkan sampai akhir tahun pun jadualnya penuh. Jadi kamu ingin buat temu janji dengan dia perlu buat seawal mungkin. Kalau last minutes jangan haraplah si dia akan menemani! grrr, aku rasa baik toksah laa kamu nak buang masa mencari si dia tu ekk..
SENSITIF
Si dia amat peka dengan apa yang kamu inginkan. Sekiranya kamu punya masalah si dia berkali-kali menyakinkan kamu bahawa si dia amat memahami perasaan kamu. Namun si dia bukan cakap-cakap kosong kerana kenyataannya mereka sangat mengerti tanpa perlu menjelaskan dengan panjang lebar. wahh, yang ni best! aku nak somebody yang ada in and out aku.. bebehh, come here..
HANGAT
Bermaksud si dia jenis lelaki cepat sahaja berjalan. Misalnya bila berjumpa dengan kamu kalau tidak memegang tangan, merangkul pinggang, menyentuh lengan kamu atau menyentuh rambutmu memang tidak sah! Tetapi hal ini si dia lakukan pada semua teman perempuannya bukan kamu seorang saja! hmm,lahanat! apa gatal mamat ni. cuba-cubalah ubah jangan sampai kena cop ULAT DAUN dek orang..
PEMURAH
Si dia kaya dengan kejutan dengan menberi pelbagai hadiah. Dikirimkan bunga atau membeli barangan yang kamu inginkan. Si dia juga rajin mengajak kamu ke tempat-tempat yang romantis. Kesimpulannya kamu sangat dimanjakan habis-habisan! waduh ibuk, kayak sungguh bapak ini... baik ada makna ni.. ^^
MENARIK
Si dia tahu di mana tarikannya dan kerana itu si dia tidak ada masalah untuk menonjolkan kelebihannya. Sentiasa update dengan trend-trend termasuk golongan yang amat mementingkan penampilannya! Malah ada kalanya berkongsi tips agar kamu turut menjaga penampilan. lelellele..serabut pulak kalau terlampau menjaga ni. sekali-sekala selekeh comel apa..
BIJAK BAGI ALASAN
Pandai mencari alasan yang menbuatkan kamu jarang menyalahkan si dia andai si dia memungkiri janji dan sebagainya! Ini kerana alasan-alasan yang diberikan bukan sahaja kuat malah penyampaiannya juga buat kamu rasa simpati! tak hingin aku nak dengar apape ntah..
SENTIASA RASA BAHAGIA
Apabila bersama si dia kamu akan terasa tenang dan bahagia. Si dia juga sentiasa buat kamu ketawa dan tersenyum serta tidak pernah sedih. Kalaupun kamu berhadapan dengan masalah, si dia akan berusaha untuk menggembirakan kamu sehingga terlupa akan masalah kamu! hahha, lovee it.. aku pernah rasa dengan somebody! kawan yang bisa membuat aku tergelak sawan x) hahha. rindu time gelak ketawa tu..
Sekian daripada aku, semoga ada sesuatu yang bisa kamu dapat disini. berhati-hatilah wahai wanita.. ikhlas dari -aku!