Hello dan assalamualaikum, kali ni aku telahpun berpenat lelah kerana sanggup berjalan jauh demi berjumpa sahabat lamaku :) Jasz Myra. hehe. Actually kami iaitu aku dan kawan2 meredah jalan berliku yang membosankan untuk ke Puncak Alam, UITM. haha. haiyakk sumpah aku penat dan mengantuk! so jam 1 petang bertolak ke Kuang amek lagi seorang dan terus ke PA. hampir jam 2 lebih kami berjaya sampai tanpa terSESAT. haha. thanks to co-driver yang cerdik pandai which is ME ! hahha. kidding je. so dari lokasi UITM ni kami dengar kelaparan yang melampau.. terus ke Shah Alam , tapi disebabkan nak sangat tengok movie.. kami pun masuk ke Jusco Bukit Raja, Klang. hehe. best! sebab aku dah boleh melantak banyak rini. hehhe. masuk2 je, terus cari port makan, FoodCourt! yeayy, menu pilihan aku kali ni, Yee Mee Sizzling Ayam.. plus Air 'Sweet Sour' haha. hebat tak? hmm lamanya tak jumpa dorang semua ni. Actually aku ni jemputan terakhir kut join outing kali ni. nasib baik lah semua kawan2. so takde masalah aku nak join pun. hmm. my girl, Jasz! haiyoo comel gile dia.. nampak dah pembesaran tu :) hehhe. aku je maintain habis! lalaaa.. ada satu je yang tak berubah ; perangai. hahah. serius. semua nampak sama lagik. haha.
Tengah2 makan ni masih sempat nak membahan orang. tulah dia kalau 2 jejaka sama nama tapi lain rupa berada disuatu tempat yang sama? haiyaa, haru je.. yang mamat sorang ni sakit kepala kut. panadol soluble telan sebijik. kesian aku tengok. hmm! sementara si mamat ni bermanja jap dengan Jasz, aku masih lagi mengunyah, yang pasti.. makanan ni sangat-sangat tak sedap arghh! tensionnya aku. dah lerr lapar.. saja nak bunuh mood aku. hishh! lepas makan borak2 tanya khabar le macam biasa.. bukan senang nak jumpa kawan kan. yang ni dah lama gila tak jumpa. setahu aku last tu darjah 6. hahah. so next plan is tengok wayang. oh my favourite things, hee. HARRY POTTER. dan kami meneruskan perjalanan.. tengah queue beli tiket, masing2 dah de citer nak tengok. tapi dalam pilihan cuma Harry Potter or Ngangkung je. hhaha. so HP, here we come. terkeluar jugak sawan aku dalam membahan mereka semua. hee! sumpah takleh nak kawal. macam aku plak yang tengah high panadol. gahhaha. memang harini untuk fun ngee, pada yang tak biasa dibahan oleh aku, harap maklum lah . mulut ni potpet melobeh2. huhu. lepas beli HP, kami meronda sat. mamat berdua ni g hisap rokok, sementara aku dengan Jasz jejalan. masuk ruang Jusco.. aku beli kardigan. sebab tak bawak spare. tak budget langsung nak tengok movie. haiyakk. takpe aku pun memang gemar beli kardigan kut. haha, buat spare kat umah. haha! anyway, salah satu sebab lagi ialah ; baju putih aku ni dah pun kena 'dot' kuah sizzling tadi. niat dihati nak cover TETAPI kantoi gak dengan Jasz! hee, selamba sudah. Lalu depan Mcd, aku terpandang aiskrim. wahhh, awak.. saya nak satu please..! tanpa kecomelan yang ada ni, si mamat ni pun baik hati belanja. thanks! sempat gak kena cubit bila aku membahan dengan kasar.. hahah! chill lah weyy.
Sambil makan aiskrim dalam hujan lebat, menunggu nak masuk panggung jam 5:20 petang, tiba-tiba.. "ehh awak.. habis baju. macam budak-budak. haha." aku touching! kenapa lah time camni aku comot ni. hahah. puas hati korang gelakkan aku :( "somebody please.. i need tissue lorhh" dan.. dia yang baik hati tolong amik . thanks again! hee. terpaksa cover lagi kardigan ni. butang terus. hahah. terlebih manja plak dengan korang, bla bla bla .. haha ^^ si kecik ni duk meronda-ronda. semua kedai comel2 dia jenguk. hehe, aku tau dia minat benda2 comel ni. yang mamat duorang ni suh aku pantau si kecik. aku tak lepaskan peluang masuk MPH! up gile Jusco sini. hehe. aku pun beli novel melayu "AD+IZ" karya Eury Athena, terbitan Kaki Novel. "weyy korang jangan nak perli aku okey? aku memang suka gila melayan cerita hasil anak jati Melayu, serius hebat kut.." hee.
Macam-macam benda yang membolehkan aku membahan dorang tanpa henti, nakal plak aku rini. hee kalaulah laki aku tau, kena piat punyee. dan waktu yang dinantikan sampai jugak! Kami melepakkan diri sementara tunggu dapat masuk je. ni haa si kecik asyik kena bahan je. sorry sayangku. jangan amik hati please.. kami suka suki begini (>.<) seat kami J1,J2,J3 & J4.. aku dengan si kecik duk tengah. dorang guard. haha. comel gile sebab blakang seat aku ni ada budak kecik. so paham2 lah kan.. suaranya aje bergema. haha. kacau daun tol tapi aku suka!!! hahah!! aku menumpukan perhatian tonton citer HP ni, menggigil aku dibuat nya, kalau takde kardigan terjun ni, mau aku beku beb. ahaha. memang la sonok, tapi citer ni terang2 ada lambang "freemanson" : segi tiga. ish ish, aku mulalah lemau. yelah dunia sekarang ni banyak sangat pengaruh beb. aku takut betul kalau terlebih melayan benda2 luar alam ni. but seriuosly aku selalu dengar kawan2 sekeliling bercerita pasal ni. aku just amek pengetahuan dorang tu buat ilmiah aje. sekadar mendengar dan menganalisis sendiri. anda?
Tak silap aku, kuar dalam jam 7:50 malam. Aku tengok phone dapat missed call kawan. so i'll call him first lah. ek eleeehh ni lagi sorang. nak ajak jejalan plak. haiyahh, saya manyak2 mintak soli la kawan. saya manyak penat lohh. dalam kereta saja odw nak hantar si kecik ni kemain lama.. tapi kat Shah Alam, berhenti kejap lepak minum sambil tengok bola live Aston Villa vs Arsenal .. perut aku mintak dikosongkan segala angin dan airr.. hahha. ladies jap! hmm lega beb, si mamat ni makan lagik. Apam Manis cecah santan , aku tengok je. malas nak mintak skit. hahah. segan aku dengan si kecik ni. karang dia fikir lain, hehhe. Anyway aku diberitahu Alip Kuang punya birthday. so i wish him twice. hehe. cuma tak dapat nak beli something je, sorry. maybe nanti akan beli kut. otak tengah tepu coz banyak gelak2. dan aku tak sempat nak snap pictures pun dengan si kecik. hope next time bleh laa jumpa lagi okey.
Aku dah start pening lalat ni, dengan lagu macam dekat disko (kuat yang amat) aku betul2 dah tak larat.. senyap je! takut nak bersuara karang niaya je kena cubit! lalalaaa.. dan akhirnya sampai sudah PA ni. so kami berpisah setelah peluk cium dan muah muah untuk si kecik Jasz ni. im gonna miss her LOL.. dan selepas si mamat ni disakat aku, adalah sikit "i love you, muah muah -untuk Jasz" haha. dengar cakap sungguh! haha.. kami pun beredar pulang. jam semakin berdetik laju. aku sangat ngantok! seriuosly tak tipu punya.. request lagu best dari dia. yang abang nyanyi masa karok ritu pun ada.. haha. love that song aa :) hee.
segala lagu nostalgia kedengaran. lepas hantar Alip kat Kuang. kami g Bukit Rahman Putra sat amek Omar. destinasi kami- Damai! yehaa aku enggak sabar mahu pulang deh! terlalu letih, lenguh dan ngantok. so terima kasih kerana membaca sehingga habis. sekian, wassalam.
special thanks to Aliff,Alip, Jasz for outing day with me. hahha. sayang manyak aa kat korang :)
aku happy dengan korang walaupun tak dapat scene paling best which is baling tepung ke Alip. haha. kasihan dia. penat join sawan kami . haha
dari kawan kecik besar
kecik besar;
kecik besar;
sheila.
(>.<)
(>.<)