aku , sang kekasih dan si brotha berseronok di Mutiara Bowl ! | norsheilasalleh.blogspot.com

aku , sang kekasih dan si brotha berseronok di Mutiara Bowl !

Malam tadi, tiba-tiba Hadi Kahar minta aku text brotha aku - Guna. Motif ? entah. nak ajak lepak kut. aku terus call, tak angkat pula. Mesej, baru nak balas! haish ! rupanya dia plan nak main bowling, so ajak bro sekali. lucky that we can make it true. hee



So 10.30 malam kami gerak ke Damai , amik bro. Terus ke Mutiara Bowl kat Jalan Ipoh. heee. tak sabar rasanya nak main. Kami decide nak main 3 games. aku memang main tak pernah pakai stoking pun. hehe. so here we go ..

First nama, Guna naik pastu Hadi and last is me. Kami pun berentap habisan. Dengan gaya bermacam-macam. paling banyak masuk longkang sudah tentulah aku. hahah. budak tak pro memang macam tu. kah kah kah!!! kesian tengok sayangku , sudahlah penat tak tidur lagi mahu enjoy main 3 games camni. memang sengaja cari pasal betul! apapepun, kami betul-betul seronok bergelak sakan, main perli-perli *especially aku dengan bro , pantang jumpa ada je cerita antara kami, huhu ^^


View Image

Fuhh mengundang sakit jari sungguh walaupun bola cuma saiz 8. hahhaha. aku sentiasa comel je kalau pilih bola, warna pink tu.. memang comel gila lah. Boleh pulak bola tu terlucut dari tangan, hahaha. aku gelak-gelak sambil terus baling. Sempoi gila wok. lambat juga nak habiskan 3 games ni. tapi sedih je dengar bro kena masuk kerja malam ni juga. Masing-masing mencipta sejarah. Menang satu game setiap orang. First Hadi, 2nd aku and last baru lah Guna. *aku komplot dengan sayang nak menang semua game. hee bernasib baik sungguh lah bro malam tadi. 


Lepas hantar dia balik, kami pun balik. Sempat singgah Mc'd ,lepas geram makan Double Cheese Burger kegemaranku yang berbulan tak makan. hahahha. Thank you so much sayang, awak buat saya happy. Also my brotha, sebab belanja 3 games, wa salute cara lu main bowling. Insha-Allah kita main lagi bila free okey?

im very happy have this guy in my life. i love you both! ^^