Syukur alhamdullilah ke hadrat Ilahi, kita masih lagi dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Dan aku masih lagi berharap masih lagi diberi kesempatan pada tahun2 akan datang. Insya Allah. So kawan2, lama tak dengar cerita korang? Dah buat persiapan ke tahun ni? Bagi aku tiada yang lain kecuali dapat sambut bersama keluarga. Tahun ni aku masih di KL *belum ada kampung yang kosong untuk aku duduki* heheheeee sementelah belum berkahwin maka aku tetap beraya dengan adik-beradik dan mak! Yeah.
Tahun ni pasti dan tentunya ayah aku paling gembira. Kakak tiri aku dah selamat lahirkan anak kembar perempuan. Bertuahnya rasa. Dapat anak kembar ni. Opss terlupa, akak aku sendiri pun ada anak kembar perempuan dua tahun lepas. So berbalik kepada cerita raya kita. Aku belum buat apa2 persediaan pun. Arhh semuanya kerana gaji den dapat lambat. Huwarggghh, nasib baik biskut hand made by Kak Reen. Tinggal baju raya je aku belum belikan kain untuk adik dengan mak. Sabarlah hati, harap2 isnin ni boleh shopping dengan Bro Guna.
Cuti raya pun sakan seminggu aku dapat, alhamdullilah. Untung, heee! Maaf kalau sesiapa menunggu aku update entri baharu ni, aku agak busy buat masa ni. Semua nak cepat memanjang.
So kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimah seluruh dunia yang beragama Islam. Maaf zahir dan batin sekiranya aku ada buat salah dan menyinggung perasaan korang semua!
Yang ikhlas,
Norsheila binti Salleh
2 comments
sweet bertudung..=)
boleh lah upload pic kembar utk update post edisi raye..huhu
: yeayyyy insya allah akan ambil gambar kembar tu :)
Thanks awak, biasa2 je pun.. heeee