DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN | norsheilasalleh.blogspot.com

DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN

Salam, 
Dearest brothers & sisters, 
mari sama-sama membaca Doa Akhir Tahun ini sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar/sebelum masuk waktu Maghrib :)

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat & salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. & keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya Allah sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha & melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azab-Mu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, Ya Allah Ya Karim Ya Zal Jal Wal Ikram. Selawat & salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. & keluarganya baginda juga para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Dan Doa Awal Tahun pula dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib =1Muharram.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. & keluarga baginda & para sahabatnya. Ya Allah Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-mu yang Maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongan dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W., & ke atas keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Faedah membaca doa-doa ini,

Doa Akhir Tahun: Sesiapa membaca doa ini, berkatalah syaitan, "kesusahan bagiku & sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada tahun ini & Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini Allah ampunkan dosanya setahun.

Doa Awal Tahun: Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.

Let's share this with all Moslems :)

2 comments

November 14, 2012 at 11:27 PM

Salam Maal Hijrah..shila..

November 15, 2012 at 9:28 AM

Salam Maal Hijrah juga buat Raudzah Zahari dan keluarga :)

Post a Comment