TERIMA KASIH ! | norsheilasalleh.blogspot.com

TERIMA KASIH !

 Assalamualaikum semua :)

Harini aku baru tersedar sudah menjangkau 10 bulan aku bersama si dia. Terima kasih dan bersyukur ke atas Ilahi kerana bagi peluang untuk kita belajar menyintai orang yang menyayangi kita. Banyak aku dah lalui. Banyak yang sudah berubah sejak aku punya dia. Dalam masa yang singkat ni, dia banyak bagi sokongan moral dan selalu bagi nasihat percuma @dalam erti lain, tegur dengan hikmah. Ya.

  Perkenalan secara tidak sengaja setahun yang lalu. Macam tak percaya jodoh menemukan kami berdua dalam masa 10 minit duduk semeja. Dan dibiarkan berlalu tanpa rasa curiga. Namun 3 bulan selepas tu baru rancak nak berkenalan. Dan, dia memang seorang lelaki yang gentleman. Really. Because what? Haa i tell u here. Dia sanggup nak carikan makanan untuk aku tengah pagi buta. Aku hargai sangat niat dia. Sentiasa ada untuk aku setiap hari, pergi balik kerja dia amik. Lunch sama2. Pelik sebenarnya, kami berkawan rapat, dan ramai dah mula agak kami akan bercinta.

 Tapi masa tu, aku sibuk kejar seseorang. Aku akui aku tak pernah terfikir akan hal dia. Terima kasih tak jemu hadap muka aku ni. Tak give up masa aku tinggalkan dia seorang diri kat parking kereta KFC Wangsa Maju. Tak takut untuk terus terang dan tak takut untuk luahkan semua yang terpendam. Terima kasih sebab bagi peluang aku lupakan seseorang itu. Terima kasih bagi semangat untuk berubah. Terima kasih sangat masih terus menyintai aku.

 Kat bawah ni antara petikan yang aku SMS dengan dia harini :)
SS  : Hai. Happy 10 months  sweetheart. I love u so much baba.
HK : I love u too. Thanks ingatkan baba

Semoga hubungan dan perasaan ini akan kekal hingga ke syurga. Doakan kami panjang jodoh, insya Allah kad akan dikirim pada anda :) Amin.

4 comments

December 23, 2011 at 11:46 AM

kaw pon sweet kapel....akhhirnye..bahagia ke akhir jugak..aku doakan insya allah :)

December 23, 2011 at 1:21 PM

: hee, terima kasih weh. hihi.

December 25, 2011 at 10:09 PM

lelaki selalu kne di ingtkn dgn tarikh yg penting..

December 25, 2011 at 10:57 PM

ya,in their brain got many things to think and to do. no matter what, we always should remind them. hehe

Post a Comment