Assalamualaikum.
Buat saudari yang kecil hati mungkin,
Aku bukan malaikat juga aku bukan manusia yang sempurna. Sekiranya kata-kata aku tempoh hari buat kamu terasa hati. Memikirkan aku bagaikan orang tidak punya pendirian diri. Kamu salah! Kamu tegar untuk terus menghukum aku atas dasar aku bersahabat dengan orang yang kamu tidak suka sama sekali. Atas dasar aku sibuk mahu bersahabat dengan teman-temanmu. Kamu salah! Kamu tidak punya hak untuk menghukum aku. Status dan kehebatanmu aku tak pernah sekalipun goyah, malah berbeda sekali antara kita. Tergamak kau berkata begitu mengenaiku. Sepanjang aku berkenalan denganmu, aku tidak pernah berkata buruk malah aku juga tidak menyebelahi mana-mana orang. Terutama mengenai kisah lama kamu. Sungguh, aku berkata dua makna bukan untuk menyindir kamu mahupun teman wanitanya. Aku harap kamu akan sedar suatu hari nanti. Tak guna kita bertelegah kerana salah faham ini. Setidaknya beri aku peluang untuk satu penjelasan. Aku maafkan kesalahanmu kerana aku sayangkan persahabatan kita. Walaupun terlalu cepat kamu melatah, mungkin jauh di sudut hati kamu tahu yang aku bukan seperti yang kamu katakan.
Yang benar,
aku!