IKAN KEMBUNG MASAK STEAM | norsheilasalleh.blogspot.com

IKAN KEMBUNG MASAK STEAM

Hai assalamualaikum dan selamat pagi jumaat semua! Harini aku nak share kat sini resepi daripada mak tersayang. Eceh! Ini pun aku ubah sikit dan masukkan apa yang aku suka. Yeah!

Bahan-bahan :
Cili padi 3 biji - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Bawang merah - dihiris
Lada besar 1 biji - dipotong tirus
Halia 1 biji - dihiris halus (untuk naikkan bau dalam kuah)
Serai 2 batang - diketuk dan dipotong tirus
Daun sup - dihiris
Daun bawang - dihiris
Lobak - dihiris halus
Limau nipis 1/2 biji - untuk dibuat perahan atas ikan semasa hidangan
Ikan kembung- 2 ekor (kuantiti ikut suka hati korang nak lahap berapa banyak)



Cara memasak :
1) Letak minyak sekadar sapu rata pada kuali.
2) Gorengkan bawang putih dan cili padi yang ditumbuk tadi. Kasi naik bau-bauan.
3) Langsung letak air dalam setengah cawan. (Kalau cara mak kita masak, beliau goreng dulu semua bahan     diatas kecuali ikan)
4) Terus je masuk ikan kembung 2 ekor.
5) Jangan lupa letakkan gula dan garam secukup rasa.
6) Hidang dan makan waktu panas-panas. Sure meletup!

*Kebaikan- kalau boleh masak guna minyak yang sikit! Bagus untuk kesihatan sekeluarga. 

Okeylah, sampai sini je aku turunkan resipi mak secara berperingkat ni buat korang. Kalau nak lagi, tunggu la bila aku free aku drop by the story okey?

Till then!
Wassalam.

1 comment

July 12, 2013 at 4:36 PM

terima kasihhhh..........air lior meleleh

Post a Comment