CUBA SEMAK! | norsheilasalleh.blogspot.com

CUBA SEMAK!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Huraian perspektif tentang kahwin. Cuba fikir, samada betul atau tidak. Jom baca!
1.  Bila da nikah..
*Kebaikan : Sah halal antara satu sama lain. 
*Keburukan : Tak boleh joli sakan mcm bujang2 dulu.
Huraian : Lazimnya jika sudah bersedia untuk mendirikan berumahtangga,pastikan anda sedia memikul tanggungjawab baru. Perlulah menghormati instituisi perkahwinan mengikut agama yang ditetapkan. Islam lebih2 lagi mengalakkan pernikahan untuk mengelak daripada gejala sosial yang semakin runcing. 'Tak kenal maka tak cinta'


2.  Bila da hidup bersama.
*Kebaikan : Semua benda dikongsi bersama.
*Keburukan : Mula ungkit harta yang dikongsi.
Huraian : Perkahwinan bermaksud hubungan suami isteri itu menjadi satu. Yang telah menghalalkan segala yang haram bagi yang belum berkahwin. Anda haruslah jujur dan ikhlas antara satu sama lain. 'Susah senang sama dipikul,berat sama dijinjing'


3.  Bila gaji masuk..
*Kebaikan : Untung jadi perempuan. Masyuk!
*Keburukan : Sakit jadi lelaki,habis duit kt isteri!
Huraian : Haa yang ni tak boleh dinafikan, suami diwajibkan untuk menyara hidup isteri. Ini adalah hukum wajib. Maka haruslah sang suami memberi nafkah kepada isteri dan juga anak2. Ada pepatah, 'Duit suami duit isteri, duit isteri duit isteri saja'


4.  Bila gaduh..
*Kebaikan : Tahu salah, tahu mohon maaf.
*KeburukanEgo tinggi , gaduh2 je lari! 
Huraian : Tak sah kalau tak gaduh! Standard la, suami isteri tidak selalunya aman bahagia. Kadang kala datang puting beliung kerana salah faham. Itu yang membuatkan sang isteri sangat2 takut untuk melawan. Kerana sayang jika bergelar janda tak semena2. Sang suami janganlah sewenangnya lafazkan talak hanya kerana ego anda! Hati2 ya.


5.  Bila ada anak..
*Kebaikan : Zuriat penyambung generasi.
*Keburukan : Tak sedia pikul tanggungjawab.
Huraian : Anak rezeki daripada Tuhan, sayangilah ia, peliharalah ia. Jangan sesekali abaikan anak anda. Harta paling berharga. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya apatah lagi manusia yang punya akal.


6.  Bila balik kampung, nak beraya!
*Kebaikan : Dapat spend time dengan keluarga.
*Keburukan : Berebut nak balik kampung masing2.
Huraian : Best kan dapat balik jumpa sanak saudara! So apa nak digaduhkan wahai suami isteri diluar sana! Berpakat la setahun sekali dimana anda hendak beraya. Saling toleransi! Baru bahagia sentiasa, insya Allah.


7.   Bila keluar bersama2..
*Kebaikan : Boleh enjoy dengan suami/isteri.
*Keburukan : 24jam melekat sampai rimas.
Huraian : Ehem. Ehem.. bestnya kalau keluar dating dengan suami/isteri. Ikatan yang suci. Pasti kawan2 seronok melihat gelagat pasangan berumahtangga. Boleh sweet2 dan romantika de amour. Jangan pula sampai saling merimas ramas ya. Hormat pasangan anda di mana anda berada, barulah dia rasa disayangi. Tak perlu manja2 @ gedik2 okey.


8.  Bila pergi shopping bersama..
*Kebaikan : Amalkan sikap tolong menolong.
*Keburukan : Beli ikut kepala je.
Huraian : Best part, so sweet dapat shopping sama. Sama2 penat dan have fun. Cuma tolak ketepi dan beralah untuk give and take. So simple, macam abc je.


9.  Bila tarikh anniversary perkahwinan tiba..
*Kebaikan : Sambut bersama si dia yang tersayang.
*Keburukan : Kadang2 terlupa tarikh keramat.
Huraian : Indahnya memori. Anda pasti masih mencintai dan terus mencintai pasangan anda. Apa kata luangkan sedikit masa untuk berikan kejutan untuk sang isteri mahupun sang suami. Tak perlu mahal2 atau jauh daripada rumah. Paling simple dengan ucapan, "Be my eternity". Yang ni gila sweet woah. 


10.Bila ucapkan kata2 romantis..
*Kebaikan : Bertambah degree cinta dan sayang!
*Keburukan : Meloyakan tekak. 
Huraian : Terlalu kerap bermadah romantis? Hmm lain orang lain ragamnya kan? Ada yang sukakan selalu, ada yang naik geli bila dengar hari2. So, kenalilah pasangan anda dengan betul. Jangan sampai tersalah langkah. 


Titik tolak dalam hubungan pasti ada. Tak kiralah anda dengan pasangan ideal ataupun bukan. Semua itu terletak pada cara kita menghadapi situasi2 tersebut. Kan? Aku belum lagi berkahwin, tapi aku tahu. Siapa yang tak sayang laki bini kan? So jangan pasangan2 diluar sana jangan terlalu egois. Anda kena tahu bagaimana nak control yourself dan hubungan suami isteri. Sekian!

5 comments

July 20, 2011 at 3:01 AM

ini khas untuk shin chan ke?atau untuk nanako?:D <3

July 20, 2011 at 3:03 AM

: Khas untuk semua lelaki dan perempuan lol :) Semak2. haha

July 20, 2011 at 3:05 AM

dah baca..hahaha..
kami dah boleee...eheeem..tapi tarak duit..:D

July 20, 2011 at 12:30 PM

: Gagagatal, haha. Kumpul la duit dulu tikah. Sabar tu separuh dari iman, kan ? Wish both of you happy :)

July 21, 2011 at 12:35 AM

thanks sheila..:D
wish both of you also. happy ending.:D
lambat lagi...need earn more money.:D

Post a Comment