sudah berkurun tidak ketemu !! | norsheilasalleh.blogspot.com

sudah berkurun tidak ketemu !!

  Pagi2 berdering telefon bimbit aku.. pengacau dah mai.. heee! HK call just to inform me that him at work place. Syukur! but then, my bro - Guna call me. adesss. Dia ngajak aku dan black kuar main bowling? gila sungguh dia ni. nasib baik tak kerja... hahahhaha. selepas bersiap dan menunggu hampir sejam setengah! #keliru siapa yang lambat bersiap# so aku bersiap ala kadar aje.. hehe.
  Yang menyertai Guna, Black dan Pravin.. Destinasi kali ni dekat Brem Mall, main 4 game. sumpah penat! aku betul2 penat.. sebab malam tadi tidur cuma 4 jam je. ni menambah kesakitan dan kepeningan aku.. demi kawan2 aku berkorban waktu tidur lah. Fakta- selama 3 bulan kami tak lepak bertiga camni. so alhamdullilah syukur. sekurangnya ukhwah antara kami masih ada. Terima kasih korang! Tiga game Pravin menang, last baru Guna. aku semua game dapat nombor 4! gila lah. tak reti main pun. skill hampeh. asyik melongkangkan diri aje. kahkahkah! siapa strike kena buat lompat bintang! horeeyyyy! semua orang termasuk aku berkesempatan buat lompat bintang! hehehehehe. takde malu takde hiding langsung daripada orang luar. KAMI SEMPOI GILA !!!
  hmm payah gila nak habiskan game ni. tobat lah aku dengar cakap Guna ni. bajet teror bowling. hampeh betul! tak tahan sakit! sakit! sakit jari2 runcing aku ni mok.. haha ^^ salute kat budak kecik ni, dia leh strike memanjang je #mana nak letak muka kami weh# haha. lepas je habis, kami ke snuker pulak. Dua brother ni nak main snuker pula. aku sebagai pemerhati je, kadang2 aku ngacau dan gelak2 kalau dorang tak menang betting. kuikuikuikui..
  Hujan kat luar bangunan Brem Mall ni tidak kami hairankan.. cessss, lepas habis snuker, masuk kedai game pula. betul2 gila enjoy ni! Merasa gak aku main game kereta lawan 4 orang. haha. disebabkan keluar berempat, aku jatuh tempat ke-4! ciput sedut betoii. haha. pastu ajak Pravin main game motor besar pulak! huhu. terasa diawangan woah.. aku mana pernah ada kesempatan nak main semua permainan dalam kedai game sebelum ni. kira aku first touch ni. wahahaha. ambik satu token, masuk karaoke box. try satu lagu. Januari- Glenn. kelakar, tapi best. sedap suara aku dari bro! kuikuikui #jangan marah okey#
  Lokasi makan, MarryBrown je. ingatkan nak makan kat Sahjee. Cheese naan terbaik, melepas lagi! adeh. tak sanggup kami nak mengharungi jem petang2 waktu kerja. haha. Ternyata kami semua makan banyak. order macam2, semua habis dan licin! #orang belanja, memang boleh habis punya# best dapat chit chat dengan dorang. gelak tak hingat dunia punya. Terima kasih lagi korang ye!
  Jam 4:30 petang, balik rumah. fuhh! lega. sangat lega! dapat balik rumah gak. sempat gak updated blog, gambar tak amik. video ada kat Black. tengoklah kalau dia rajin, kita minta dia upload ye. hehe. Setelah 3 bulan, baru ada kesempatan untuk jumpa dan outing together! thank you so much bro, belanja kami semua. hehe. halalkan makan minum aku yek! hehe.
  Terima kasih semua, sebab ceriakan hari aku, hari khamis! hehe. aku sayang korang. #penat tahap tak larat dah ni# Selamat berehat semua :)