syaitan masuki tubuh menerusi 10 pintu ! | norsheilasalleh.blogspot.com

syaitan masuki tubuh menerusi 10 pintu !

  Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima'I lil Islam. Dalam kitab itu menyatakan, perkara itu sudahpun disimpulkan olek seorang yang salih dengan katanya: "Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba aku mendapati syaitan masuk dari sepuluh pintu iaitu :

  • Pertama : Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.
  • Kedua : Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.
  • Ketiga : Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan menyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan menyakini balasan buruk.
  • Keempat : Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.
  • Kelima : Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.
  • Keenam : Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.
  • Ketujuh : Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.
  • Kelapan : Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan menyakini bahawa apa yang ditangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada disisi Allah akan kekal.
  • Kesembilan : Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.
  • Kesepuluh : Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.
  Antara arahan yang dituntut oleh Islam sebagai suatu jalan untuk mengelak diri daripada panah dan tipu daya iblis ialah mengingati Allah sewaktu melakukan semua kerja. Dalam hubungan ini Abu Hurairah sudah meriwayatkan bahawa syaitan bagi orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang kafir.
  Didapati bahawa syaitan bagi orang kafir itu dalam keadaan gemuk sedangkan syaitan bagi orang mukmin kurus kering dan dalam keadaan berduka cita. Lalu syaitan orang kafir bertanya kepada syaitan kepada orang mukmin : "Kenapa kamu kurus kering dan duka cita". Syaitan orang mukmin menjawab : "Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya, Apabila lelaki itu hendak makan, dia menyebut nama Allah. Jadi aku terus lapar. Apabila dia hendak minum dia menyebut nama Allah. Jadi aku kehausan. Apabila dia memakai pakaian dia menyebut nama Allah dengan itu aku terus bertelanjang. Apabila dia memakai minyak rambut,dia terus menyebut nama Allah. Dengan itu rambutku terus kusut kering."
  Syaitan yang kafir pula berkata : "Tetapi aku mendampingi seorang yang sedikit pun tidak melakukan daripada apa yang engkau sebutkan tadi.Oleh itu aku berkongsi dengannya pada makanan, minuman dan pakaiannya."
 Demikianlah, wallahua'lam.

#dipetik daripada berita minggu bertarikh 19 Jun 2011#