B2B : DIY PROJECT | norsheilasalleh.blogspot.com

B2B : DIY PROJECT

Assalamualaikum ...

DIY Project 
: Wishes Postcard (poskad ucapan untuk pengantin)
Original Ideas
: Puan Shakina @  http://our-wedding-journal.blogspot.com

***kalau ada yang tak pasti, aku ada berutus email dengan Puan Shakina berkenaan template poskad ucapan ni, malangnya tiada. Maka aku berhempas pulas (perah idea) dan terjadilah DIY Project ni***

Firstly, buka Microsoft Excel (Adobe takda) tambah border untuk luaran saja. Paling penting kena bahagikan dulu satu page kepada 4 border yang sama bentuk dan luas. Aku guna format landscape sebab print guna A4 paper je. 160gsm - keras sikit A4 biasa. 100 keping = RM14.00. Berbaloi kan?

Edit juga bahagian tajuk atas macam ni, "Best Wishes for : bride & groom names " ..Pastu cari template stem yang cute-cute kat En.Google. Macam yang aku guna, crop aje stem yang vendor CeketFavor buat untuk poskad kawin. Benda free. Tema pun tak larikan?

siap satu draft :-


Tunjuk dekat bos aku yang sporting tu (En.Bob) untuk penambahan idea yang lebih bernas.

Hasil lepas diconteng oleh bos aku.
Draft kedua :-


Hasil idea En.Bob


Hasil idea En. Rafiee


Mana satu korang lebih suka?
Dah boleh hantar kedai kalau nak print berwarna ya.Kalau nak template contoh seperti yang aku buat ni, boleh email saja ke sheilashahfiekry@gmail.com


Kalau ideas korang better, jangan lupa share ye.

1 comment

July 16, 2013 at 3:43 PM

Shakira pun ada follow DIY kak kina ni.. hehe Shakira buat by photoscape, then print FOC kat ofis atas a4 warna lebih2 masa sekolah :) hijau, biru, pink, kuning.. nak wish tunggu hujung tahun! lalala :)

Post a Comment