B2B : REVIEW BORANG KEBENARAN NIKAH L&P | norsheilasalleh.blogspot.com

B2B : REVIEW BORANG KEBENARAN NIKAH L&P

Assalamualaikum...

Nak share sikit proses siapkan borang nikah untuk aku dan Encik Tunang (make sure 3 bulan sebelum tarikh nikah, bukan bulan nikah ya)

Untuk dapatkan borang nikah lelaki dan perempuan, dah boleh masuk website http://www.jais.gov.my/ dan download. Pada yang nak terus taip dalam website tu pun ok. Korang jangan lupa print lebih sikit borang tu buat spare. Takut ada salah ejaan ke apa kan? *jimat masa*

Ada kecemasan yang melanda pada kami berdua. Nak jumpa PPN (Penolong Pendaftar Nikah) kat kawasan tempat aku tinggal  memang susahlah. No telefon yang diberi dalam pamplet cuma no pejabat agama ikut kawasan tempat tinggal. Lucky me, kawan ofis tolong telefonkan. Kenapa aku yang tak telefon? Aku ni nervous / gugup bila nak talk dengan somebody via phone. Kenapa ntah. Memang tak tahu bila rasa nervous ni muncul dalam diri.

Bila dah tetapkan appointment, aku la paling sengal. Just leave a text to ustaz yang nak jumpa tu. Nasib baik buat kali kedua, beliau sudi balas dan say YES! Alhamdullilah. Bila dah tiba waktu nak jumpa tu, aku bawa 2 saksi untuk aku. Opss terlupa nak cerita. Wali saya (my papa) tak berapa sihat. Dah dapat kebenaran dari ustaz untuk dapatkan signature beliau tanpa kehadiran beliau masa nak jumpa ustaz (PPN). Encik Tunang bawa 2 saksi untuk pihak dia.

Jeng! Jeng! Jeng!
Ustaz tu taknak sign! Kenapa? Kenapa ustaz?
Ohh. Encik Tunang tak dapatkan dlu signature untuk borang kebenaran kawin untuk lelaki. Dan tak dapat approval daripada Pejabat Agama.

What?
Kami semua balik dengan hampanya. Before that, ustaz kauntim minta 2 saksi aku sign borang kebenaran kawin untuk perempuan supaya next time, saksi tak perlulah dibawa. Yes. Terima kasih ustaz!

After 2 days, selesai dapatkan signature ketua kampung tempat Encik Tunang tinggal dan approval daripada Pejabat Agama Shah Alam. So lagi sekali jumpa ustaz (PPN) kali kedua. Syukran, selesai borang tersebut. Dah boleh submit ke Pejabat Shah Alam untuk kebenaran bagi pihak aku. *Gembira* Sebelum balik, siap-siap tulis nama penuh aku dan Encik Tunang dalam jurnal ustaz. Bersama tarikh dan masa nikah supaya senang beliau nak ingat.

*balik dengan senang hati, esoknya terus submit borang-borang ni kat P.A.S.A (Pejabat Agama Shah Alam)

Menunggu 30 hari lagi,
Sheila Salim

2 comments

July 3, 2013 at 1:29 PM

hehe macam2 step ya.. takutnya..huhu pening2..

July 3, 2013 at 1:50 PM

tahu takpe, Selangor agak rumit tau. wahhh stres gila time tu >_______<

Post a Comment