Assalamualaikum.
Semalam, 17 Oktober 2011. Aku dapat sepasang kebaya nyonya kaler pink, lengkap dengan kain satin jenis pario, sehelai tube @ singlet pink dan tudung pink. Amboiii bergaya habis ni. Okey yang tu khas punya untuk majlis perkahwinan anak perempuan bos aku. Lusa 20 haribulan majlis nikah kat rumah Dato' Raihan Teh (my big boss). So pakaian ni untuk team perempuan , lelaki dapat baju melayu kaler light blue. Cantik. Tapi kan, aku tak rasa nak involve pun. Hati tarak. Sebab aku biasanya tidur awal. Aku risau aku tarak mood nanti nak layan orang kat majlis tu :(
Aku dikehendaki, diberi arahan. Dan diberi gaji, aku buat aje. Oh tidur, aku terpaksa korbankan dikau untuk malam khamis nanti. Tak lupa majlis resepsi kat Hotel Nikko pada 29 & 30 Oktober 2011 nanti. Haa amik kau dua hari tu kena spend time 24 jam untuk jayakan wedding si dara Salina & si teruna Raeszz. Takpelah, aku doakan pasangan ni kekal bahagia hingga ke syurga. Amin. But then, sorry if aku tak dapat nak upload gambar2 kat wedding tu nanti. Al-maklumlah aku kena bekerja bukan jadi guess pun. Hee!