My Different Monday | norsheilasalleh.blogspot.com

My Different Monday

Hari yang membezakan daripada yang lain. Hari ni aku serba awal. Bangun awal, mandi awal, masak awal. Dan bergerak awal ke tempat kerja. Semangat lain macam je kalau dengar kan? hee. Sesampainya aku, aisehman.. Bilik masih gelap. Meaning my boss not arrived yet. Aku pun terus text. Laa, bos terpaksa amik cuti sakit. Suspek denggi dah 2 hari. So aku kena kerja sorang la.

 Tanpa tertangguh, aku minta Pegawai AMRA @ Senjata Api bagi kunci spare ke bilik. Then, aku kemas ler apa patut.. *Memang patut kena buat, sebab sabtu ahad aku tak kerja. Bilik mesti berhabuk dengan sampah merata. Well, hire cleaner pun tarak disentuhnya penyapu kat bilik kongsi ni. Sebagai orang yang pentingkan kebersihan, maka aku akan buat gak dengan ikhlas. Niat aku nak bersihkan tempat aku meluangkan masa selama 8 jam sehari masa waktu bekerja :)

 Elok je berlabuh punggung, datanglah sorang manusia. Aduannya, kenapa timeslip dia kena potong 2 hari? Ah sudah, aku kena semak lah data2 bulan lepas. Terbukti ada pencanggahan dalam sistem. Nasib baik Pegawai AMRA ada, dia lah yang tolong aku settle kan. Terima kasih En. Sukrie! He! He! Yang menyakitkan hati, tiba2 PC aku jem. Berat sangat ke folder2 aku ni? Sampai loading kemain lembap. Sangatlah aku bernasib baik. Laptop bos ada dalam laci. Kunci spare aku ada. Terpaksalah aku on laptop bos ni, sebab nak update timesheet guard2 ni :)

 Sedar2, Pegawai Pemasaran plak mencari daku. Waduh3, aku engak bisa dikacauin begini kok! Aduannya dia kena 'tiaw' dengan customer sebab guard dah lambat lebih 2 jam. Hmm, dah la bila call guard cina tu dia bleh tanya balik siapa aku? Persoalannya, dia tak korek telinga ke? Aku masih sempat kenalkan diri. Hush!

 Harapan aku berkecai kali ni, aku disuruh menghadap Manager Besar. Bertanyakan pos yang tamat perkhidmatan hari ni. Dan2 tu gak aku g naik menghadapnya. Sempat aku baca doa, hilangkan gemuruh dihati. Haha. Nasib, Manager Besar pantas menjawab persoalan aku. Dan aku berjaya jua bercakap tanpa tersalah kata. Hu! Hu! Senyum aje aku keluar bilik tu sampai lah masuk bilik Pegawai AMRA. Sengal je rasa kan. Tapikan, aku kagum sangat. Bos aku tak pernah cuti sepanjang kerja hampir 1 tahun ni. Hari2 dia kerja. Datang seawal jam 6 pagi dan balik selambat 12 tengahmalam. Sadisnya, bila ntah Pembantu Operasi nak ada. Kesian bos.

 Yeah, banyak yang aku belajar harini. *Belajar sorang2, tak jadi masalah. Menambahkan ilmu didada :) Last shout, semoga bos tak dijangkiti demam denggi tu. Amin.