INI KISAH AKU | norsheilasalleh.blogspot.com

INI KISAH AKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. First at all, kalau sesiapa yang jenis darah gemuruh atau cuak2 sikit. Anda dinasihatkan jangan baca entri aku ni. Hee. 
   Dimulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahim. Pagi semalam, masa kat dalam ofis. Aku terdengar gosip2 daripada bos dan juga staff lain bercerita tentang 'benda'. Aku jadi teruja nak tahu selanjutnya. Rupanya ada sesuatu yang masih tinggal disebalik bangunan 3 tingkat milik bos kami ni. Elok aje lepas aku santap sorang2 dalam bilik, aku ternampak reseptionist kat pintu utama. Terus aku masuk ke bilik sebelah,3 in 1.  (pantri/toilet/surau).  Aku memang selalu masuk bilik ni sebab nak isi air sejuk dalam botol. Baru je isi setengah botol, aku rasa tak sedap hati, terus cabut. Dan2 keluar bilik 3 in 1 tu, reseptionist tegur aku. Apalagi, terkejut beruk lah aku dibuatnya. Aku tinggal sorang je daripada tadi sebab lelaki g solat. hahha.
   Rupanya dia minta aku jaga tempat dia sementara dia pergi toilet. Last2 aku lepak situ sampai semua staff balik daripada solat jumaat. Haha. Macam2 cerita aku dengar daripada Kak Siti. Naik seram aku dibuatnya.
Naik lif pun aku seram. 
   Elok je aku tidur malam tadi, bila terjaga jam 4.30 pagi untuk ke toilet mulalah aku terfikir yang bukan2. Masuk bilik je, terus mata aku pandang sekeliling bilik. Perhati dengan teliti dalam gelap. Terlelap aje mata terus aku terdengar hilaian suara yang halus di telinga kiri. Seluruh badan aku kaku dan kebas. Aku hanya berdoa dan mengucap dalam hati. Ya Allah, aku terkejut sangat. Kali kedua , aku ditindih. Subhanallah, aku berdoa banyak2 dalam hati. Lepas tu, selubung dan menggigil sampai ke pagi. Nasihat aku, kalau anda ada perasaan takut bila dengar cerita pasal 'benda', baik anda jangan fikirkannya. Sebab bila kita fikirkan, 'benda' itu akan menjengah kita. Simpang malaikat 44. Semoga tiada lagi gangguan begini. Amin.