LEPAK-ING AT TIMES SQUARE,KL | norsheilasalleh.blogspot.com

LEPAK-ING AT TIMES SQUARE,KL

Assalamualaikum semua!

  Seronok campur teruja sebab harini aku keluar lepak dan bergosip dengan bekas wira dan wirawati PLKN Princess Haliza, Sepang! Super duper fun! Aku bertolak jam 1.30 petang. Naik bus tengah panas gini, memang lemau je rasa... Paling sakit jiwa, tunggu train kat Kepong Sentral tu lama. Hampir sejam. Aku turun kat Putra sebab nak buat pertukaran train ke Sentul. Fuhh cantik betul Stesen KTM Sentul ni sampai aku pun hampir sesat nak keluar daripada situ. Haha. Oya dah sedia menanti. So bergerak ke Star, pergi ke Jalan Hang Tuah. Turun Star tu, jalan sikit untuk sampai ke Times Square. Hee! Berpeluh dah aku dibuatnya sebab terpacak kat KL jam 3.15 petang. Bayangkan berapa lama aku harung untuk sampai ke destinasi???

  Even kami cuma berempat (aku, Oya, Mila & Emi), kami memang cukup2 terhibur bergosip and flashback semua kenangan pahit manis masa bersama kat PLKN tahun 2008. Serius aku rasa macam kembali single tau. Lama betul tak jejak KL sorang2 tanpa teman istimewa. Syukur perjalanan pergi dan balik aku selamat. Ahh lupa nak citer, aku ditegur oleh Otai Sungai Buloh iaitu Syahirah masa kat Low Yat. Errr terkejut dibuatnya sebab main pegang tangan and tegur "Hi Sheila!".. Elok lah tu, aku yang rabun cuma mampu tersenyum lepas tersedar. Hahah.

  Sempat gak masuk auction komputer kat Low Yat, mengacau orang. Serupa sangat macam budak nakal. Huhu. Okey jangan terkejut, selama 8 bulan dengan si dia. Aku tak jejak langsung shopping compleks kat area KL ni. Tu yang macam shock sikit. Kawan2 aku semua kaki gelakkan aku aje. But then aku terhibur, syok betul bergosip2. Eh guys, aku takleh lama ni. Nak g melepak kat Mc'd dengan my bro Guna Manokaran dengan Khaizam. Bye you'll.

Till then!
Assalamualaikum!

2 comments

October 26, 2011 at 1:24 PM

wa alaikumsalam...
jelez..:(

October 26, 2011 at 6:10 PM

janganlah jeles! nanti next time kau kena join sekali ye bebeh??

Post a Comment