REAL STEEL | norsheilasalleh.blogspot.com

REAL STEEL

   Super havoc! Bisingnya aku malam tadi. Sang kekasih asyik tergelak-gelak aje. Comel betul! Sukalah tu dapat tengok movie ikut cadangan dia. Heee! Anyway kitorang terlambat 10 minit camtu. Masuk2 je dah start. Heh! Sang kekasih boleh lak tertidur, nasib baik aku call kejutkan. Aku bagi 5 bintang sebab citer ni menarik. Pasal lelaki boxing yang dah bersara ceburi bidang perlawanan robot. Robot2 dia jenis old skool kecuali yang Noisy Boy, dari Jepun tu. Selalu tengok orang je berlawan macam WWF kan. Ni perlawanan robot2. Gila gempak. Pastu ex-wife dia mati, dia kena jaga anak dia, Max Kenton sekejap sementara ex-kakak ipar g bercuti. Masa dia bawa anak dia g curi barang2 sparepart, anak dia tergelincir masuk gaung. Nyaris jatuh,tapi ada tangan robot tertimbus selamatkan dia. So dia nekad nak tarik keluar robot bernama ATOM tu. Dan dia berjaya tarik sorang2 tu. Kagum kejap aku. Kihkihkihk. Tak lama tu, banyak game budak kecik tu menang. Nak tahu selanjutnya? Baik korang g tengok kat wayang sendiri :) Aku sambung cerita lain kali ya. Ada banyak kerja kat ofis nak disiapkan dalam tempoh 2 hari ni.

Till then!
Assalamualaikum!

2 comments

October 20, 2011 at 11:42 AM

Thanks kongsi review 'Real Steel'!

October 21, 2011 at 1:21 PM

my pleasure kirana! Jangan lupa tengok tau :)

Post a Comment