PETUA MEMBELAI SUAMI | norsheilasalleh.blogspot.com

PETUA MEMBELAI SUAMI

Assalamualaikum...

1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.

2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.

*JUM SAMA-SAMA KITA BERBAKTI KEPADA SUAMI TERCINTA :)

6 comments

September 12, 2012 at 12:30 PM

i love ur husband too, ni kene bgtau Nadnod ni~

September 12, 2012 at 1:15 PM

gay are not allowed here bro!
hahaha, tell her that you're straight guy please..

:p

September 12, 2012 at 4:27 PM

gud sharing sis :)
mudah2an boleh dipraktikkan oleh sume isteri2 luar sana tmasuk sy, iAllah....

September 12, 2012 at 4:54 PM

Thanks dear. amin. semoga kita semua sentiasa menjaga kebajikan suami. insya Allah :)

*salam perkenalan daripada sy

July 2, 2013 at 10:51 AM

insyaAllah . ain coming soon . terima kasih atas perkongsian ini :)

July 2, 2013 at 10:59 AM

insyallah. hehe sama2 kita mengamalkan :)

Post a Comment