Kisah Benar Seorang Warga Malaysia di Thailand | norsheilasalleh.blogspot.com

Kisah Benar Seorang Warga Malaysia di Thailand

Assalamualaikum...
Daripada seorang pelancong Malaysia yg melancong ke Thailand.. 
" tiada yang tak mungkin, kerana kini semuanya berkemungkinan "

via fb
Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan.
I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.

Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa mempedulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall). Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti menolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis. Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan.

Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok. Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter). Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok. Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya.  Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000.  Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000.

Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing.... dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu. Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun......... ) Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.

Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia........ (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)

Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita........tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil. Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar. kredit : fb admin amRF

p/s : aku tak pasti ini kisah benar atau tidak, sekadar share dengan korang semua. Mungkin lebih baik kita berhati-hati ketika melancong ke negara orang. Teringat pulak kisah kami ke Krabi, Thailand. Mujur tiada apa yang berlaku ketika tu :)

28 comments

October 28, 2013 at 8:15 AM

Sheila akak pun ada dengar jugak cerita nie.. tp tak tahu la sahih ke tak.. Apapun kita kena berhati2 la kan kalau ke Thailand lepas nie..takut benda yg sama terjadi kat kita pulak...

October 28, 2013 at 8:55 AM

Ya Allah tragis betul. Ingatkan nak bersuka-ria tapi musibah menimpa disebaliknya. Kakak percaya hal ini boleh saja terjadi sebab mereka memerlukan wang dgn keadaan ekonomi mereka di sana.

Jadikan teladan buat kita semua, berhati-hati ketika membeli di sana.

October 28, 2013 at 9:42 AM

kisah benar ke sheila? bahayanya.. pelik kenapa ia dirahsiakan dari pengetahuan umum rakyat malaysia.. betul tu, harap semuanya berhati-hati walau di mana pun berada..

October 28, 2013 at 9:44 AM

assalamualaikum.. fifi pon tak tau nak percaye ke tak email ni.. ade jugak dapat..

October 28, 2013 at 10:17 AM

tue lah.. ada jgk baca kisah nie kat FB. tak kira lah kisah lama ke baru ... tetapi kita nie kena sentiasa beringat. sebelum kena baik berhati2. thnx share ^^

October 28, 2013 at 11:52 AM

Terima kasih share Shiela.... sering saya dengar negara2 miskin ni rasuah memang berleluasa sesangat di kalangan penjawat awamnya.

October 28, 2013 at 12:34 PM

Jom join GA ni... Banyak hadiah menarik..

Mini Giveaway EkaTikah Craft

October 28, 2013 at 12:47 PM

Takutnya kalau terjadi macam ni. Moga dijauhkan. :)

October 28, 2013 at 12:47 PM

Uhh.. risau juga klu jadi mcm tu.. semoga menjadi peringatan & iktibar buat kita semua utk lebih berhati2.. T kasih diatas perkongsian ye..

October 28, 2013 at 1:35 PM

kalau nak diikutkan cerita..mereka nie mengambil kesempatan kepada pelancong...kena ambil tindakan segera sebelum ramai lagi yang terkena kalau betul kes ini benar2 berlaku..

October 28, 2013 at 2:13 PM

omg mmg bermaharajalela dorang kat sana sekarang.

October 28, 2013 at 2:32 PM

sian nye kt dorg.. klu betul mmg tak patut la dorg buat cm nie.. risau pulak nk ke sana...

October 28, 2013 at 2:44 PM

takutnya bila baca ni..

October 28, 2013 at 3:18 PM

wowwww....menarik

October 28, 2013 at 5:07 PM

kesiannya rakyat malaysia jd mcm tu kt negara org. rasanya lebih baik jgn melancong ke negara yg mempunyai masalah ekonomi.

October 28, 2013 at 5:57 PM

kisah benar ada di mana2...
tumpang bace cni jom ke blog(s) sy jgk ek,nk exchange bloglist ngan sy bgtau la :)

Tak Mungkin Benar

Azim Aris

October 28, 2013 at 11:39 PM

Saya baru plan dgn member nk ke luar. Nampaknya kena lebih hati2.

October 29, 2013 at 12:20 AM

bila baca takut pulak rasa...serammm... harap dijauhkan lah..

October 29, 2013 at 12:54 AM

seramnye
kesian pulak kat diorg yg jd mangsa
kisah yg blh dijadikan iktibar, plan nak ke krabi nnti..dlm perancangan
isi tabung komli sini
rindu la ngan sheila..huhuhu..busy sgt dgn urusan kat umah mertua lepas adik ipar bertunang hari tu

October 29, 2013 at 12:42 PM

hishhh...bahaya betul...ada saje trick nak ambil keuntungan..

October 29, 2013 at 2:57 PM

mintak dijauhkan perkara sebegini

October 29, 2013 at 5:21 PM

Eiiii jahatnya....tak baik kan

October 30, 2013 at 10:45 AM

perkara mcm nie lah yang selalu di risaukan... huhu...

October 31, 2013 at 11:46 AM

merbahayaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous
October 31, 2013 at 1:03 PM

kisah benar ke ni Sheila!

November 3, 2013 at 6:06 PM

Assalamualaikum Sheila...tkut jugak akak bce nih..kne ati2 la lpas nih sape2 yg nk mlancong kt sne

November 13, 2013 at 10:58 AM

hurm complecated nyee cite die..bahaya jugak kn jd cmni..hurm

November 21, 2013 at 1:11 PM

erm.. dalam nak seronok bercuti, jd pula kisah camni.. mmng xberani la nak berjalan luar dari m'sia..

Post a Comment