Perjalanan Cinta Kami | norsheilasalleh.blogspot.com

Perjalanan Cinta Kami

 Assalamualaikum...
Aku kan.. ada terbaca entri kawan pasal rasa cinta dan kasihnya pada yang tersayang, aku macam terbuai sangat perasaan lepas tu... Memang bikin flashback punya... Maaf ye kengkawan semua, dah lama tak feeling romantik dalam blog. wakakaaa romantik dalam blog itu perlu ke? Lantak kau la sheila ;p
sheila shahfiekry
bulan november/disember 2010
- jumpa kali pertama, masa tu aku still gf orang lain. Kita duduk semeja kat kedai makan Bistari. Tapi aku sikit pun tak pandang beliau. Aku tak berani nak pandang lelaki bila hati aku masih dimiliki orang. hahahha betul tau, aku jaga pandangan sebab dari mata turun ke hati. Rentetan dari itu, jumpa dia kat facebook.. Masa tu aku borak-borak dengan kawan sekolah aku yang juga merupakan member dia. Dia join borak sekali time tu. So kami berkawan dekat fb.
bulan februari tahun 2011
- jumpa buat kali kedua, setelah berbulan chatting di facebook. Itu pun sebab aku update status nak makan nasi lemak kukus ayam berempah malam buta. Dia tawar diri pergi carikan. So dia minta no telefon. Kengkonon nak call bila da bungkus makanan yang aku idamkan tu. Tapi takda rezeki. So esoknya kitorang decide keluar makan sama. First time lepak berdua dekat Baragas Bandar Sri Damansara. Malu-malu aku dibuatnya, terkejut sebab betul-betul jadi keluar dengan dia. Masa ni aku tengah single, baru lepas break off rasanya. hahaha.
- sejak keluar makan tu, kiranya kitorang dah jadi kawan la. Bukan hanya di fb dahh. Sms pun selalu. Kerap keluar dengan dia. Pusing-pusing kl sambil borak-borak. Nak tahu borak pasal apa? Lelaki. hahaha. Cerita pasal kawan-kawan lelaki aku, dia elok je bagi pendapat semua. Aku pula selamba je bagitahu ada la beberapa orang nak try masuk line ngorat aku kat dia. hikhikk.
- tak lama lepas tu (berminggu kemudian) kitorang lepak kat Dataran Merdeka. Masih lagi borak topik yang sama... Tengah-tengah borak, dia buat pengakuan. Walawehhh terperanjat gigirl tau. Tapi tahu apa respon aku? Aku cakap, aku tak reti nak jaga hati kekasih. Dia cuma senyum je. Pastu kitorang borak macam biasa. Dalam hati aku fikir, betul ke dia ni hendakkan aku? balik tu juga kitorang terus tukar panggilan. Daripada "kau aku" kepada "saya awak"... so suddently (@___@)
- sejak itu, kitorang kira bercinta kot. Takda la cakap "awak dengan saya couple start hari ni!" hahhaha. Statement menyampah dengor, kan? Lepas dah automatik bercinta, aku tanya la kenapa boleh suka kat aku kan. Dia jawab "ciri-ciri perempuan yang dia nak, ada pada aku".. Rupanya dari first time jumpa kat kedai makan Bistari, dia da tertarik kat aku. Aku je tak pandang dia. Wakakaaa. Kesian dia... cam tak percaya pun ada. Tapi yang pasti, semua yang terjadi ada hikmahnya.
- dia sangat cool, takda nak cepat marah. Paling best, dia kuat gelak. Tu yang aku suka. Aku suka orang yang ceria ni. Aura ceria ni kan positif dalam kehidupan.
- lepas kenal 2-3 bulan, aku dibawa jumpa keluarga dia di kampung. Teruja aku dibuatnya. Masa nilah, kami masing-masing dapat green light untuk diijabkabulkan. Allahurabbi. Aku rasa syahdu babe walaupun dia takda cakap,"awak, sudi tak jadi isteri saya?"... Action dia naturally. Semua berjalan tanpa kami plan.. Tahu-tahu je, merisik. Siap dapat kejutan lagi, merisik terus bertunang. Terperanjat satu keluarga aku. Aku? Nak pengsan dalam bilik sebab tak percaya!
- lepas bertunang, kami ada masa kurang dari 5 bulan untuk ijabkabul. Masa ni sangat mencabar la, aku ni asyik la minta putus bagai. Macam takda reasonable, tapi nak clash. Gila kan? Angin setan mana merasuk badan pun taktau la. tapi dia, chill. Sabar dengan semua yang aku katakan.
sheila shahfiekry
- finally, 27 Mei 2012 kami sah menjadi suami isteri. hahahaha. Alhamdullilah syukur, excited ok jadi isteri orang. Selama ni dok couple clash banyak kali, memang bosan dan sedih la. Risau tak jumpa bakal suami yang sebetulnya...
- tak lama lepas tu, aku keguguran. Sedih sangat. Tapi dia tetap cool, tenangkan aku dengan cara dia. Dugaan pula, lepas nikah period dah tak teratur. Kadang tu 2 bulan sekali datang. Ada sampai 3 bulan sekali datang. Selalu ingat ohh pregnant kot, bila check UPT still negative. Sigh banyak kali juga sampai jumpa kawan-kawan blogger yang seangkatan :- Yaya, Eida, Nory, Mila & Ieza. Sempat la travel berjemaah ke USS, Singapore dengan Krabi, Thailand. Memang best sangat dapat release tension. Balik daripada travel tu, kami dah excited nak ke destinasi lain.
- rupanya, berbulan lepas tu aku disahkan mengandung. Tak percaya pun ada. Period tak teratur, tapi Allah beri jua zuriat pada kami. Alhamdullilah. start dari itu, beliau lagi taking care yang super best kat ibu mengandung ni. Kami sama-sama teruja nak tengok zuriat kami...
sheila shahfiekry
- Allah permudahkan urusan sepanjang mengandung dan bersalin. Alhamdullilah. Lahirnya Muhammad Adam Husni, pengikat kasih sayang kami pada 25 Mei 2014. selang 2 hari kemudian kami sambut ulangtahun perkahwinan yang kedua. Anakanda dah berusia 3 bulan, banyak akal dah. Dah reti ajak berbual, dah reti tidur ikut time umi baba dia.
sepanjang perkenalan dan perhubungan ini berlangsung, tak terucap rasa bersyukur. Semoga berterusan rasa bahagia ini hingga Jannah. Adam, besar nanti bacalah entri ni. Kamu akan tahu camne baba umi berkenalan sehingga dianugerahkan kamu (~__~) 

44 comments

August 19, 2014 at 3:19 PM

sweet

August 19, 2014 at 3:24 PM

alhamdulillah...seronok baca jalan cerita cinta shiela...moga kekal bahagia hingga ke syurga dan dapat anak yang soleh dan solehah..insyallah..

August 19, 2014 at 3:27 PM

Cinta monyet dengan orang lain.. Masa zaman U, tak bercinta pun.. Masa dah kerja, berkawan sekejab terus kahwin..

August 19, 2014 at 4:05 PM

semua ini moment yang terindah..
comeynya anak akak geram tengok pipi dia

August 19, 2014 at 4:16 PM

"hai Muhamad Adam..makin bam pipi awak tu ha, mommy awak tu suka lelaki ceria tau..so, besar dgn keceriaan ye..haha, lagi satu..mommy awak tu suka makan nasi kukus ayam berempah..tau, jgn tak belikan bila diminta..." ok see u again Adam :)

August 19, 2014 at 4:26 PM

salam..alahai,bestnya throwback kisah cinta dulu-dulukan...lawak pun ada...semoga perkahwinan shiela kekal hingga ke jannah..

August 19, 2014 at 4:45 PM

salam. alamak....sweet nya..semoga kekal bahagia hingga ke jannah..amin

August 19, 2014 at 4:58 PM

Suka bace...nk buat entry jugaklah nnt...tapi penuh ngan drama sgt lah...kena sunting dulu nnt ..hihihi..

August 19, 2014 at 6:10 PM

alhamdulillah sheila..aturan Allah yg sgt cantik
jodoh kan...
comel lak adam..pipi bolat...geram nak picit

August 19, 2014 at 6:44 PM

lama tu akak berkawan! rasa seronok kn bila kenangkan balik saat berkenalan ng suami hehe. fiqa sepanjang cpl ng suami byk memori indah yg fiqa dh lupa..maybe sbb fiqa masih sekolah time tu so mcm bdk2 sikit lh akal fikirannya hehe

August 19, 2014 at 8:02 PM

Semoga kekal dan bahagia ke jannah :)

August 19, 2014 at 8:44 PM

alhamdulillah kan..sama mcm cik mah juga.,..bercinta n berkahwin dngn orang yg sama...skrng ada anak...lagi terkenang2 zaman cintan cintun...

August 19, 2014 at 8:52 PM

smga kekal hgga ke syurga sheila..;)
in shaa Allah amin...;)

August 19, 2014 at 10:45 PM

hargai pasangan kite kan.. sbb suami tu syurga dunia dan akhirat kita. semoga sheila dan suami kekal bahagia sampai syurga.. aamiinn

August 20, 2014 at 12:07 AM

Dah reti mintak adik tak...?

Hehe

August 20, 2014 at 12:44 AM

semoga perkahwinan berpanjangan sehingga akhirat sana

August 20, 2014 at 8:54 AM

semoga berkekalan.. aminnn...

August 20, 2014 at 9:08 AM

perempuan memang kann. byk sgt angin setan yg masuk. hehe
sikit2 nak clash. sikit2 nak clash. hehe. sama laaa kitew

August 20, 2014 at 9:21 AM

moga bahagia hingga ke jannah sheila. comel budak tenit,nak gigit sikit pipinya

August 20, 2014 at 10:43 AM

Bambam nye baby...

August 20, 2014 at 11:57 AM

semoga kekal hingga ke jannah...ameenn...

August 20, 2014 at 3:39 PM

nama anak kita dekat2 lah..hehe..yamg last tu je lain..

baby saya pun lahir dekat2 anniversary kitorang..hehe :)

August 20, 2014 at 4:14 PM

kat blog lah pun nak feeling jiwang lelebih skit..

August 20, 2014 at 5:01 PM

Ada entry psl za dgn arb, za jdkn cerpen. Lama dh. Tp bkn fully cite. Cite mcmmna blh knl. Klu sudi bc r. Hihi

http://www.iezaashaari.com/2012/11/inikah-dia-cinta-pandang-pertama.html

August 20, 2014 at 9:21 PM

assalamualaikum moksu . kemain ceritanya tu . . huhu . . :D memang kuat gelak pom en somi awak :D . . dan Adam . mak ndak rindu okay nak berbual dengan awak . . mak ndak ni duk tunggu kawan awak dalam perut nak keluar ni . .

August 20, 2014 at 9:50 PM

Alololo...sweet nya.. :) alhamdulillah semua dipermudahkan.. :)

August 20, 2014 at 10:12 PM

wawawa...KLMJ ni..kenangan lalu mengusik jiwa..best kan sekali sekala kenang balik masa mula2 jumpa husband dulu

August 20, 2014 at 10:12 PM

Alhamdulillah.. happy akak baca entri sheila nie.. dugaan bertunang memang dasyat sheila.. akak pn pernah alami...tapi kalau dia jodoh kita InsyaAllah semuanya dipermudahkan...akak doakan semoga sheila sentiasa bahagia disampingan suami dan anak..=D

August 21, 2014 at 3:43 PM

asslmkm sheila.. indahkan bila ingat balik pengalaman tu.. sama la macam kta pun. xde pun dia ajak couple ke apa. pastu nak ajak kawin pun xde la ajak yang macam orang lain tu. secara spontan je. sebab family cuma tnya, xkan nak kawan je..hehe
alhamdulillah.. sekarang sheila dah ada pengikat kasih syng buat korang ber-2.. :)

August 21, 2014 at 3:53 PM

teringat kenangan bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. perancangan Allah lagi Maha Hebat

August 21, 2014 at 4:21 PM

assalamualaikum sheila.. bestkan bile ingat zaman cintan cintun..

August 21, 2014 at 7:54 PM

thanks shiela sbb dsinggah blog ciksu n drop komen.firstly ciksu mintam k sbb x dpt bw. ciksu tgh berpnatg ni.hihihi.
entry tu smua autopublish..

pasai ephyra cer shiela beli dgn kak ina intan berlian.dia jual ephyra.ciksu x jual la yang. :)

pasal nursing bra mmg ciksu ada beli..
nti2 boleh la kasik update utk info.

August 22, 2014 at 1:05 AM

Salam Perkenalan.
Jemput singgah blog saya - Life is beautiful...Don't waste it.
(Dr. Shikin)

August 22, 2014 at 9:20 AM

comey je kisah shiela.lbh kurang sm mcm k.zai..hihihi tp kami jmpa kt bus stop...hahaha...time tu pon ada boypren lain gak.lps2 tu yg still contact.xda kata nk kapel ke apa trus dia ckp nk dtg rumah boleh x?kak ckp dtg la.xkn org mai umah nk halau.rupanya dtg bw rombongan merisik siap tunang skali hr yg sm.gilo babas.lbh kurang 3 bln trus menikah :p

August 22, 2014 at 12:16 PM

Gittew kisahnya. Sekali sekala entry jiwang apa salahnya. Suka baca ☺☺

August 22, 2014 at 1:06 PM

so sweet begitula kalau dah jodoh kan sheila..alhamdulillah.makin tembam baby adam

August 22, 2014 at 1:06 PM

so sweet begitula kalau dah jodoh kan sheila..alhamdulillah.makin tembam baby adam

August 22, 2014 at 1:52 PM

so suwitt..moga perhubungan ini berkekalan hingga ke jannah

August 22, 2014 at 5:21 PM

Alhamdulillah... Moga kekal hgga ke syurga...

August 22, 2014 at 6:17 PM

Sweetnyeee... senyummmm je baca sampai la abes.. semoga berkekalan hingga ke Jannah :)

August 22, 2014 at 11:27 PM

Alhamdulillah syukur berjaya tempuhi halangan ...Semoga Sheila dan suami berbahagia bersama Adam hingga ke jannah..

August 25, 2014 at 1:01 AM

alhamdulillah..syukurlaa...semoga sentiasa bahagia dan berkekalan..

August 28, 2014 at 2:49 PM

setiap yg berlaku ada hikmahnya kan..perancanganNya sangat cantik

August 29, 2014 at 9:44 PM

Assalamualaimum sheila...sweet cerita cinta sheila nih

Post a Comment