Finding My Right Milkbooster | norsheilasalleh.blogspot.com

Finding My Right Milkbooster

Assalamualaikum...
Hari ni nak share sikit story pasal milkbooster. Lain orang, lain penerimaannya ya. So kena try and error sampai jumpa milkbooster yang serasi dengan diri. Masa berpantang, aku ada makan sup sawi, sup lobak putih, sup peria, ikan bilis bawang goreng, ikan kering haruan, minum milo suam, air suam dan susu kambing Anugerah. Alhamdullilah, semua ni memang serasi dengan badan. Dimurahkan rezeki susu untuk Adam Husni.
Tetapi !
Ada orang beritahu, bila kita dah selalu makan milkbooster setiap hari maka badan jadi imun dan milkbooster jadi makanan biasa sahaja daripada luar biasanya. Faham tak? Aku cuak ler sebabnya setiap sabtu dan ahad je aku makan menu bukan milkbooster. Hari lain, isnin hingga jumaat aku masak menu milkbooster sebabnya mengepam susu kat ofis untuk stok ebm. Lepas dapat info pasal ni, terus macam errr what should i do?
Maka, aku try and error lagi cari milkbooster ikut top 20 natural food which help increasing breastmilk supply from Fabulousmom punya info :-
(ada yang aku tak boleh nak amik, ada yang fav dan ada juga yang belum aku cuba)
* Durian : tak lalu dek tekak. Maybe sebab bau dia kuat sangat, walaupun dulu aku memang gilakan durian
* Kurma merah : tak dapat cari sampai sekarang, sebabnya tak jumpa kedai sensei
* Kurma biasa : pun makan sekali sekala je, hihiiii selalu culas nak amik
* Cheese : paling menakutkan! Siap bengkak dan demam lagi, gerun nak buat ratah lepas ni. Satu hari jenuh tuam dengan air sejuk, air panas sambil picit-picit masa tengah mengepam.
* Habbatus Sauda : memang takda beli pun
* Madu : asyik lupa nak beli sejak habis tu
* Minyak kelapa dara : tak suka dibuat minum. Suka sapu pada parut strectmark je
* Barli : malas rasanya nak rebus. Lama menunggu jadi lemau
* Oat : juga menakutkan! Bengkak dan demam. Effect dia sama macam makan cheese. Sekali cuba je terus taubat tak mau dahhh
* Salmon : my fav sebabnya serasi cuma kat kawasan rumah kita ni takda jual salmon. Kena runner jauh-jauh baru dapat merasa
* Laici : kita tak suka sangat, manis kot
* Kek coklat moist : my fav, pun serasi cuma tak boleh makan straight berhari-hari sebab boleh muak sampai takda selera makan. pfttt
* Horlicks : tak suka, sebabnya memang tak pandai minum
* Shark Fish Soup : taktahu mana nak cari
* Lobak putih : memang kegemaran sejak berpantang sampai sekarang. Diamalkan selalu
* Bawang putih : paling tak minat nak bubuh dalam masakan. hahah i dont like garlic!
* Kismis : lama tak beli, rasanya boleh cari hari ni dekat econsave! Masa mengandung suka sangat makan sebelum tidur
* Daging : selalu juga makan, tapi bukan menu milkbooster hehee
* Sawi : selalu kita buat sup campur dengan fish cake
* Kacang merah : tak pernah try lagi, maybe boleh buat manisan kan? heheee
sheila shahfiekry
Boleh tak share sekiranya ada lagi milkbooster yang korang tahu? Apa yang korang amalkan bagi menambahkan susu badan? Aku harap korang dapat membantu aku, hiewhiew (~___~)

19 comments

July 18, 2014 at 12:03 PM

Nice sharing sheila..=D

July 18, 2014 at 12:03 PM

Nice sharing sheila..=D

August 6, 2014 at 8:19 AM

Perkongsian yang baik untuk semua...tkasih

Selamat hari raya..

August 6, 2014 at 8:40 AM

bagus tu shila..kalau boleh biarlah baby kita dapat makanan dan zat yang secukupnya dari kita kan...

August 6, 2014 at 11:22 AM

terima kasih atas perkongsian ni sheila..sangat2 bermanfaat..
p/s:teringat masa akak makan durian,sakit perut..baby pon ikut cirit..huhu..

August 6, 2014 at 1:02 PM

Assalamualaikum sheila...saya ada list milk booster tu..nnti saya bg.. :-) tp ingatkan la..hehe..sebab skrg kat pej..

August 7, 2014 at 8:17 AM

Assalamualaikum sheila...akak minum horlicks memg susu byk

August 7, 2014 at 8:47 AM

Wah. Bekalan masa depan ni ayu pun nk sgt full bf..

August 7, 2014 at 10:01 AM

shiela cer try minum ephyra ..
utk berpantang nnti ciksu mmg standby horlick utk minum. serasi dan suka dr zaman skolah.
ephyra
susu kambing
kurma
smga dipermudahkan hendaknya..aamiin

August 7, 2014 at 11:39 AM

Good Sharing..tapi akak dulu selalu makan coklat Snickers ..lepas tu memang jaga kuantiti air masak yang akak ambik..Memang akan lebihkan minum air masak 2liter setiap hari..lepas tu makan nasi jangan skip..selain lauk2 yang sangat membantu dan patut kita ambik macam tempe ke sayur sayuran hijau..macam tu je akak selalu praktikkan..

August 7, 2014 at 11:47 AM

setakat ni dh try durian, horlicks, kurma, barli je.. yg paling berkesan adalah durian.. tp xkan nk makan durian sokmo.. huhuhu

August 7, 2014 at 11:50 AM

In shaa Allah... semoga dipermudahkan oleh Allah segala keinginan Sheila tu :)

August 7, 2014 at 12:31 PM

Nice Sharing Sheila

August 7, 2014 at 12:32 PM

Thanks Sheila ..

August 8, 2014 at 9:03 AM

dpt ilmu baru sikit2 kat cne..byk benda lya tak tahu

August 8, 2014 at 9:29 AM

Ikut pada badan masing² juga SS. Antara milk booster saya durian, cheese, coklat, longan, oat. Supplement plak saya makan alfalfa ngan ESP.

Tapi yg penting kan mind setting kita. Kena fikir yg susu kita banyak. Jgn kata susu kita kurang klo betul kurang just kata 'susu aku banyak'. Amalkan zikir 'al-matin' setiap kali mengepam dan menyusu. Dan amalkan doa ni masa mengepam:

'Ya allah, ya rahman, ya rahim. Seberapa banyak susu yg aku perolehi hari ini. Kau penuhilah ia dengan rahmatmu dan keberkatan disisimu. Smoga dgn keberkatanmu, susu yg sedikit ini menjadi banyak dan kenyang buat anak ku'

August 11, 2014 at 11:18 AM

owh.. boleh ea.. makan durian... i punya la takut nk makan durian risau baby panas la.. klu tau leh mkn byk ari 2... carrot pon tambh kan susu... i punya milk booster air milo suam/horlick + kurma... n jaga air suam.. walaupon susu x byk kua tapi tetap ade mencukupi 2 pon dh bersyukur...

August 13, 2014 at 8:31 PM

Sheila..try air sengkuang cina dlm tin tu..mmg bgus..cik mah slalu minum klauxsempat nk cari horlick ke lobak ke...sedap pun sedap..trylah...

Anonymous
September 12, 2014 at 11:57 PM

Mcm mcm milk boosters. Yang penting ibu kena tau nutrisi ibu cukup.insyaAllah susu ok

Post a Comment