Menjala di Parit Kampung | norsheilasalleh.blogspot.com

Menjala di Parit Kampung

Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan. Hari sebelum menjala, kami ipar duai pergi beraya kat rumah Pok Su. Tak tahu hujung pangkal cerita, heboh nak pergi menjala esok pagi. Aku yang agak terpinga-pinga tapi secara drastik buat keputusan nak ikut. Mula-mula tab nak ditinggalkan kat rumah. Abang ipar tegur suruh bawa tab, boleh tangkap gambar katanya. 
Aku pun bungkuslah beberapa kuih raya buat makan sambil tengok depa menjala. hehehe. Start motor, rider dengan suami ke kawasan parit kat belakang kampung. Waktu 10 pagi kat kampung, agak terik lah cuacanya. Not bad, boleh terbakar kulit ;p

Siap parking kereta dan motor, aku bawa turun bekas berisi kuih raya dengan botol air ke port yang selesa. Poksu, Syafiq, Mirul, abang ipar- Azli dan suami dah terjun dalam parit. Aku duk usha dari tepi. Sibuk snap gambar depa-depa. hehhee. Antara yang buat aku geli hati adalah part suami aku landing baik punya dalam parit. hehehe ;-
siap sengih-sengih lagi, feeling macam berenang dalam kolam agaknya ;p
Waktu ni, depa semua busy tangkap pakai tangan kat lubang tepi parit tu. Nampak gaya macam seronok sangat dapat tangkap ikan pakai tangan. Aku rasa mesti kembang kempis hidung suami den bila berjaya perolehi ikan hasil tangkapan sdn bhd. Weeeeeeeeeeeeeee. Sampai calar balar badan dan tangan dia, 3 baldi penuh babe, ikan parit depa dapat. Jenuh la isteri-isteri kat rumah tu nak siang ikan >_______<
Gambar berdua suami dan abang ipar, wajib ada. Sebab nak up masuk fb katanya. hahahaha. Biasalah kan, semua benda nak update kat fb. hihihi. Cerianya wajah depa dengan ikan kat tangan. Aku pun ceria gak, tangkap gambar depa-depa. Rasa nak join masuk parit je, tapi macam tak senonoh lak tiba-tiba aku je wanita kat dalam tu kan. kihkihkih. 
Balik, goreng ikan putih ni dan buat asam pedas sekali. Gila terliur babe teringatkan. Menyesal sangat tak bawak balik ikan putih ke kl. Kalau tak...........
p/s : effect yang suami dapat - calar balar kat tangan dan badan. badan terbakar dan sengal-sengal satu badan. Terus malam tu pergi berurut ;p

20 comments

August 17, 2013 at 12:18 AM

seronoknya dpt tgk aktiviti mcm ni..xpnh lg tgk..dulu zaman2 kecik suka main dlm sungai yg cetek jer pastu tangkap udang yg comel2 dan bakar..haha..tp mcm best jer dpt join sekali mcm ni..:)

August 17, 2013 at 12:55 AM

lahai...bestnya berkubang dlm parit bila tgk pic depa tu, pcl terlepas peluang masa kat kpg pcl hr tu sbb kenduri kawen adik...kalau tak mesti jadik punya...suka makan ikan darat. sedap . ikan putih tu banyak tulang kan Sheiala? ...kpg awak kat mana ni?

August 17, 2013 at 6:26 AM

Hi Sheila, bahasa saya sebelum Merdeka, but boleh faham 35% and really enjoyed your this posting. I too used to go to padi fields school days with my Malay friends tangkap ikan haruan, ikan betok, sepat.
Really fun, at those padi fields irrigation canals.
Love your pictures, well taken.

Waa, sedap goreng ikan puteh tu.
Have a fun weekend and simpan satu lagu dalam hati.
Senang datang pondok saya.
Lee.

August 17, 2013 at 8:02 AM

rindukan suasana di kampung juga :(...nk join dlm blog list bleh ker sheila...ni blog sy Tak Mungkin Benar

salam aidilfitri :)

August 17, 2013 at 8:39 AM

wahh kat parit pon boleh menjala?byk la tuh akak dpt ikan.. ;)

August 17, 2013 at 8:48 AM

waaa..banyak jugak ikan yeee

August 17, 2013 at 9:03 AM

Salam sheila..wah banyak jugak hasil tangkapan yer.. kalau mcmni puas hati la walau terpaksa berpanas terik.. *asam pedas sedapnya....;)

August 17, 2013 at 9:49 AM

bestnyeeee!

August 17, 2013 at 11:19 AM

Assalamualaikum mok su . . seronoknya baca xD

August 17, 2013 at 11:17 PM

eh lam parit tu ade ikan je ke ? hehe binatang2 lain ade x.. cm tkut je nk terjun. hehe. pape pun mmg sempoii laa kalo dpt sebaldi :D

August 18, 2013 at 8:37 PM

janji kepuasan diri kan...alamak siang ikan? makkkkk ;p

August 19, 2013 at 9:45 AM

klu ikan fresh camni, goreng aje pun sodap! hehe

August 19, 2013 at 2:28 PM

byknye dpt ikan.sedap ni..

August 20, 2013 at 2:25 PM

ni memang bertul² menjala ni .. air pun keruh ....

August 20, 2013 at 2:50 PM

meriahnya.. hehe

nmpk best dpt mandi manda

August 20, 2013 at 3:26 PM

byk jugak ikang nya yea sheila.. heee

August 21, 2013 at 10:31 AM

tak sabar nak buat aktiviti macam ni lepas nikah.. muahahahah ya la, den kan orang kampung nati lepas nikah.. :)

August 21, 2013 at 1:52 PM

Assalamualaimum Sheila...Sekali sekala wat xtvt mcm nih best kan..walaupun tgn n bdn calar balar

August 21, 2013 at 3:15 PM

Bestnya....bukan senang nk jumpa parit mcmnie.. Kat mana nie sheila?

August 26, 2013 at 9:13 AM

bestnyer dapat tangakp ikan..siap berenng tu..hahaa

Post a Comment