ALHAMDULILLAH, SEMUANYA SETTLE ! | norsheilasalleh.blogspot.com

ALHAMDULILLAH, SEMUANYA SETTLE !

Assalamualaikum...

Semalam, tidak dapat update entri. hehe. Kami berdua sepakat mengambil cuti rehat. Banyak urusan yang perlu buat sebenarnya. Tapi adalah puas hati sebab berjaya buat perkara tersebut semalam. Jyeah! Mari tepuk tangan untuk kami berdua. Opss kami berdua diatas bermaksud (aku dan suami).

Seminggu yang lalu, kami berdua pergi ke Pejabat Agama di Shah Alam untuk ambil Sijil Nikah. Maaf ye. FYI, kitorang adalah sangat sibuk bekerja sampai sijil nikah pun baru amik minggu lepas. Sila jangan gelak ye. Nasib baiklah rumah kami bersebelahan dengan akak suami. Maka, jiran2 semua ketahuan perihal hubungan sah kami. Alhamdullilah syukur. Tak ada masalah seperti kena tangkap basah or whatsoever. Al-maklumlah kawan-kawan, pasangan muda biasanya diragui (mungkin atas faktor-faktor yang lain).

Dan....

Kami berjaya buat kad nikah! Contohnya seperti dibawah ini :-

Image

Image

Prosedur :- 
Amik Sijil Nikah dahulu. Bayaran tidak perlu dibuat lagi. Kosnya sudah dikira dalam fee yang tok kadi amik masa nikah dulu. Make sure bawa sekeping gambar isteri & suami. Gambar isteri (hendaklah berpakaian sesuai & bertudung). Bayaran RM 40.00 untuk 2 keping. Insya Allah dalam masa 5 hari bekerja, korang da boleh amik kad nikah. hihi. Kad nikah ni fleksibel! Macam IC, tapi ada gambar suami & isteri. Belakang kad, lengkap nama penuh suami/isteri beserta no IC dan alamat. Agak-agak rindu pasangan masa tengah kerja, bolehlah belek kad nikah tersebut! hee (mungkin aku la tu. hahahha)

Kemudian, pergi amik IC baru suami pula! Hee settle sudah! Alhamdullilah syukur. 2 perkara siap dalam masa satu hari. Tapi harini pelik, kenapa blog macam tak betul. Tak boleh nak comment sana sini. Ish! Tak jadi nak blogwalking. Bersabar jelah sheila. Eh lupa nak share kat sini, saya dapat berita gembira. Kawan blogger sudah pregnant. Alhamdullilah syukur. Gembira untuk beliau. Beliau seorang yang tabah! Semoga kandungannya baik dan sihat sentiasa. Amin :)

p/s : masih menanti rezeki zuriat soleh solehah daripada-Nya

Murah rezeki harini, Alhamdullilah syukur. Dapat kek buah yang banyak dan lembut serta rojak yang marvellous. Paling best, dapat shawl warna gold coklat. Souvenier daripada bos yang baru balik daripada outstation di Nepal!.Syoknya! Makan sahaja la jawabnya...

10 comments

October 16, 2012 at 2:11 PM

kte pon ade kad tuh. yeyy.kihkih betol2. jap2 belek gamba tuh kihkih :D

October 16, 2012 at 2:42 PM

Hee, dah agak! Itu sindrom kerinduan namanya. hihiihi
comel je ^^

Anonymous
October 16, 2012 at 2:50 PM

wah mmg bagus ada kad ni xyah nak usung surat nikah kehulu kehilir kan hehe

October 16, 2012 at 3:06 PM

tahu takpe. sijil nikah besar saiz A4. tak lalu lah saya nak lipat masuk dompet. hihi. kemudahan masa kini :)

October 16, 2012 at 3:38 PM

duit tak adaaaaaaaa.... tp hati ingin kawennnnnnnn...

October 16, 2012 at 4:00 PM

bro Rico, hahahaha kalau niat dah ada. insyallah dipermudahkan caranya. just do it bro!

aku doa korang berdua cepat bersatu!

October 16, 2012 at 8:14 PM

kite tak de lagi kat tu. setakat ni kad berharga dan mampu milik ada lah kad pengenalan

October 17, 2012 at 10:10 AM

Aida- insyallah ada jodoh nanti awak dapat kad ni!
bersabarlah dik :)

May 29, 2013 at 7:12 PM

patut la mcm kenal gmbar empunya kad nikah ni..
org kuat aka bos besar jais upenya.. hihi..

May 30, 2013 at 9:49 AM

hehehe tahu takpe. sheila amik dekat google ni. hiewhiew, malu nak boh sendiri punya +________+

Post a Comment