Assalamualaikum...
Baru seminggu aku deactived account facebook, twitter dan plurk. Terasa hati ni rindu sangat kawan-kawan. Sekarang aku cuma paid attention pada blog ni. Dunia blogger yang sangat aku senang berada bersama. Sementelah di facebook terlalu banyak cerita yang tidak betul daripada betul. Kadang-kadang, suka hati je diorang tagging gambar pelik plus separa bogel dan info yang tidak benar sama sekali tentang dunia artis, tentang agama mahupun teman-teman. Aku jadi risau kawan-kawan. Lebih banyak dosa daripada pahala yang kita dapat melalui dunia maya ni. Aku cuba untuk meletak jarak sejauh yang mungkin. Pada teman rapat, korang bisa mencari aku melalui no telefon.
Mungkinlah, diri aku ni memang suka bersendirian. Dan paling tidak suka bergosip! Gosip itulah salah satu cara paling senang dapat dosa. Nauzubillahminzalik. Sejak berkahwin ni, dah ramai yang tegur kelainan dalam diri aku. Entahlah kawan-kawan. Aku jemu dengan duniawi yang serba celaru ni. Aku inginkan kehidupan yang damai dan tenang. Sedih hati ni tengok banyak jenayah ganas. Perempuan tua, muda malahan budak kecil turut dijadikan tempat lampias nafsu! Pernah tak terfikir dek akal para penjenayah sekiranya ahli keluarga mereka yang menjadi mangsa rogol? Sudahlah hukuman setimpal tidak diberikan kepada si penjenayah malah dibebaskan selepas rayuan! Aku sedih. Aku takut dan risau. Aku ada 2 orang adik perempuan. Seorang dah 20 tahun. Seorang lagi baru berusia 11 tahun. Aku rasa nak jaga kedua adikku. Protect them from all these crime. Kasihan mak yang selalu risaukan keadaan adik-adikku.
Walaupun setiap sabtu dan ahad aku tidak bekerja. Aku masih merasa masa berlalu dengan cepat. Tidak puas menghadap kehidupan berkeluarga. Tidak puas mengecapi manisnya hidup menjadi seorang anak perempuan. Kini, aku sudah bersuami. Punya keluarga mertua. Aku tetap merasa aku adalah aku. Mungkin bukan aku ketika zaman solo dahulu. Bersama suami, aku bahagia. Alhamdullilah. Aku mohon perempuan ataupun lelaki, sentiasalah menjagai adik-beradikmu dan lindungilah daripada segala jenayah.
14 comments
Sebab tue sapa mmber blog aku tak pernah approve dkt FB. Kalau takat datang dan baca sekali blog aku lepas tue add. Memang bo layan namanya. Akan approve pada mereka yang betul2 rapat jer. Dunia blog aku, tak pernah terlepas dkt FB. Sbb aku malu.. hahaha
bahaya kan lizzie. aku sekarang lebih baik buta IT daripada terlebih cerdik! bahaya wooo...
Kadang2 kan dik...tambah kita sakit hati, lagi bertambah suka org yang buat jaat ngan kita tu...so, apa yang ptt kita buat is just Doa...Doa dan Doa minta pada Allah semoga Dia sentiasa melindungi kita daripada segala fitnah dan dombaan manusia ni.:)
Oh yer..sheila ada tanya pasal set shaklee tu kan?rasanya, better kita beremail / sms lagi senang dear...:) dun worry, discuss tak semestinya, kene beli..:)
betul tu. sheila setuju! insyallah, Allah Maha Adil dan Saksama. niat kena betul dengan caranya.
sheila belum tanya suami, tapi sheila da amik detail harga shaklee dgn jumlah kapsulnya. nanti balik ni try tanya suami. hee. macam teringin sangat nak cuba shaklee tu :)
huhuhuuhuh kannnnnnnnnnnnnnnn..sobss..kekdg kte rse cam bahaye je fb tuh, cam banyak sebar fitnah je T_T
uhuxxxx sampai skang kte risau kes rogol tuhhhh sobssssssss..fobia sangat!!! memalam je takot sangat!! huwaaaa. tak phm knape nak rogol. psl hukuman, setuju sangat!!! ringan gile!! pdhal mse dpn ppuan tuh da mcm hancur. nak bangun balek dr sejarah silam ambil mse, dan ade yg tekanan jiwa dan perasaan.
harap sgt hukuman tuh 1 hari nnt diubah jd lg berat :( kalau terus ringan, sampai bile pon tak berhenti.
betul, perlu ada tindakan tegas. kalau camni, perempuan semua jadi takut dan kurang percaya pada lelaki. kenapa lah lelaki ni taknak kawin je. daripada merogol org, buat perempuan ni macam patung je. tak akal nak fikir agaknya. sheila nak buka pintu rumah pun baca bismillah. takut...
woahhhh betol!!!! kte kalau kene g kursus tdo hotel sorg2 tu, sgt takot bile nak masuk bilik sobssssssssssssss T_T isk.
alasan dorg bile tak kawen, hantaran mahal sgt :( huhuhu ala cane pon kene sara isteri ank2 gak, isteri kan nnt tlg buat sume2 keje. huuuu tak phm tol dgn laki. ececcecec. da la makin ramai yg ntah pape. sobss. da tau tanggungjawab tanak usaha lebey.
ihiks mcm da kua tajuk :'D
ape pon, huwaaaaaaaaaaaaaaaa takottttttt.
sentiasa jaga diri sendiri. nak harap org lain, taktau lah. haruan makan anak haruan pun ada. teruk betul manusia skrg. kesian mangsa2. terasa cam nak duduk rumah je. takpun kurung diri dalam gua! ecehh takut betul ni. hiks! hantaran ikut kemampuan, bukan susah pun nak kumpul kalau niat dah betul. cara kena betul juga kan...
betol!! sobsss :'( duk kat umah pon rse tak selamat. sobss. mcm2 care dorg buat bg leh masok. isk tingat yg kes rogol budak nk amek spm tuh. gile laaa. hishhhhhhhh.
yg da berumo da kawen pon bley nak rogol ank jiran lagik. huhu. pelik la. mmg rse sgt nak takleh tahan ke bende cemtuh huhuhuh
kes baru2 ni ke? whoahh teruk betul mentaliti diorang. tak fikir balasan di akhirat nanti. subhanallah. takut. sheila tak berani nak baca paper, tgok berita. mcm2 hal skrg :'(
yg dak spm tuh bulan lepas kot. bce citer tuh sgt menakutkan :( tp org tuh mmg da penah kene penjara kes rogol gak. haihhhh :'(
same la. bile ade cite kes rogol kat brite ke paper ke rse cam tanak tahu :(
kalau tak amik tahu, takut juga. tak tahu berita semasa kan. biasanya berita skrg sume kisah ngeri dan menakutkan. ohh
dunia fb kdg2 rasa mcm bodoh. bnyk manusia xmatang sdgkn umor dh blh jd mak bapak bdak. Sy pn deacvite fb acc since 1st jan. Biala org kata sy kolot ke ap. Tp hati rasa lbih tenang,rindu kwn2 kol je la kn :)
Betul2, banyak buruk daripada baiknya..
samalah tindakan kita.. sejak da kawin ni, sama tak gemar bersosial dkt fb.. lagipun call kawan2 lagi best, kan? :)