BIHUN SUP DAGING | norsheilasalleh.blogspot.com

BIHUN SUP DAGING

Assalamualaikum...

Petang semalam, suami request nak bihun sup. Haruslah singgah kedai runcit. Beli daun sup fresh baik punya. hihi. Ni first time buat sup guna daging. Aku tak berapa suka masak daging. Tapi daging sedap. huhu. Demi suami, ku gagahi jua. Kami penggemar sup. Waktu zaman solo dulu, mak rajin buat sup. Boleh dikatakan menu wajib kut. Yang penting, tak perlu lah guna kiub pati ayam. Sebab boleh menjadikan sup korang masin sikit. Baik bubuh ramuan sendiri. Disebabkan masak terlebih malam tadi, lunch harini pun aku tapau kasi sorang satu. Silalah jamu mata korang dibawah ni ye :-

p/s : tak sabar nak lunch ni ^^
* bihun sup daging *

* sup daging *

Resepi mudah daripada aku :-
*Sedikit minyak
*Daging - direbus kemudian dipotong kecil
*Kentang - dipotong kecil
*Lobak - dipotong kecil
*Bawang putih - tumbuk bersama cili padi
*Bawang merah - dihiris besar
*Daun sup - dihiris nipis
*Cili padi (segenggam) tumbuk bersama 4 biji bawang putih >>dibuat sambal kicap johor

Cara-caranya :-
*Goreng bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk bersama cili padi sampai naik bau.
*Masukkan air separuh periuk, masukkan sup bunjut. Biar sebati didalam sup. Kentang, lobak masuk sekali. 
*Biar cepat masak dan lembik. Biarkan didih seketika.
*Masukkan daging yang dipotong kecil. Tutup api. Dan masukkan daun bawang. Jangan lupa letak perasa secukupnya.
*Hidang panas2 bersama nasi / mee. Jangan lupa bubuh sekali sambal kicap. Pedas kaw-kaw! hee

8 comments

October 11, 2012 at 10:37 AM

nak resipi!!!!! :D sedap nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

October 11, 2012 at 10:48 AM

seronok kan bila boleh masak untuk yang tersayang..:)

October 11, 2012 at 10:49 AM

haa nak resepi ke? yelah2, sheila buat ye. hee.
simple je resepinya.

October 11, 2012 at 10:52 AM

Alhamdullilah, suka kak. layan karenah. layan tekak suami. best. syukur sangat sudah berkahwin :)

October 11, 2012 at 12:43 PM

gluppppppp...telan liurrrr.Ade mase nt nak try.Cik suke yg simple2 tp sedappp^^

October 11, 2012 at 1:04 PM

Terima kasih cik. hee saje je post gambar malam tadi. sila try kat rumah ye cik! hihi. resepi sempoi je :)

*salam perkenalan daripada saya.

October 17, 2012 at 6:00 PM

Salam perkenalan ... Hmmm Sedapnya bee hun sup. Semalam teringat nak beli kat pasar malam..tapi terbeli benda lain...so hari ni tertengok gambar ni...kena cari ni...

October 18, 2012 at 10:19 AM

salam perkenalan Raudzah Zahari. hee terima kasih sudi jenguk sini. yeker? kesian awak. takpe nanti malam cari lagi ye :)

Post a Comment